Isnin, 22 Ogos 2011

UMNO HANYA TAHU SAMAN ORANG ISLAM SAHAJA, BERKAITAN ISU GEREJA

Bukankah janggal bunyinya bila orang UMNO yang mengaku Islam hanya tahu SAMAN sesama Islam sahaja sekalipun hal yang berkaitan bukan Islam. Inilah satu penyakit UMNO yang tak pernah pulih-pulih walau berubat dan berbomoh dengan Pope Kristian sekalipun. Malah semakin berubat semakin parah 'gila babi' UMNO ini.

Mengapa UMNO yang mempunyai kuasa mutlak dalam negara memandang sepi dan tidak bertindak ke atas ketebolahan dan semberono gereja dalam memurtadkan Islam. Sebaliknya bersungguh-sungguh mencabar sesama Islam yang ingin membela isu ini. UMNO tidak patut terasa jika dituduh bersubahat dalam isu 'serbuan' ini kerana bukankah itu satu amalan yang baik yakni mencegah dari berlarutannya aktiviti intensif gereja ini terhadap Islam di negara ini.

Mengapa UMNO membisu bila tiba saat berdepan dengan masalah gereja. Jangan pula memberi alasan itu tanggungjawab kerajaan negeri semata-mata, sedangkan ini adalah soal perlanggaran perlembagaan yang sekali gus menjadi tanggungjawab UMNO selaku pemerintah di negara ini. Mengapa pula UMNO hanya tahu berbalah sesama Islam sahaja. Mengapa UMNO tidak mahu saman gereja terbabit. Mengapa?

UMNO kata berjuang untuk Islam. Tapi mengapa pula gereja terlepas tapi orang PAS pula yang menjadi sasaran UMNO semata-mata terguris kerana melakukan perbuatan yang betul iaitu mencegah murtad. Mengapa UMNO begitu takut dituduh objek di belakang JAIS. Padahal UMNO kata JAIS berbuat demikian kerana terdapat dengan jelas aktiviti 'murtad' berlaku di gereja. Pengecutkah UMNO dituduh sebagai pembela Islam.

SU Agung PAS: Saya tidak akan minta maaf, jumpa di mahkamah


KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Kekal dengan pendirian mempunyai bukti mengaitkan Umno dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu parti Melayu terbesar itu di mahkamah.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mustafa yang kini berada di luar negara berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini.

Sebaliknya beliau dengan tegas mempertahankan dakwaannya itu.

“Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (Umno Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah,” jawabnya.

Mustafa (gambar) juga secara tegas berkata akan mengemukakan bukti itu ke mahkamah.

“Saya akan kemukakan bukti ke mahkamah jika dibawa ke mahkamah,” katanya ringkas.

Hari ini, Umno Selangor berkata pihaknya akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti itu memainkan peranan dalam tindakan Jais ke atas pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.

Awal minggu lalu, Mustafa dalam satu sidang media di Kuala Terengganu mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau juga mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin pada satu pertemuan yang dijadual untuk diadakan minggu lalu.

Tetapi ia ditangguhkan buat sementara waktu sehingga siasatan Jais selesai.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.


0 comments:

hostgator coupon code