Sabtu, 20 Ogos 2011

MUHYIDDIN KAKI KLENTONG NO. 2 SELEPAS NAJIB

Muhyiddin 'Bapa pengabaian bumiputera Malaysia' no 1 negara. Akibat Muhyiddin ramai pekerja yang tidak terbela nasibnya malah seorang daripada keluarga yang bekerja di bawah kementeriannya telah murtad dan keluar dari Islam gara-gara ketidakprihatinan Muhyiddin dalam menyelesaikan masalah pekerjanya. Adakah ini wajah yang digambarkan oleh pihak media sebagai seorang yang membela nasib bumiputera?

Sesiapa yang terkena dengan sikap menteri ini yang langsung sejuk dan tidak hirau ratusan rayuan yang dibuat kepadanya hanya menimbulkan kesangsian dan keraguan kepada tanggungjawabnya dalam membela bumiputera. Namun ulasan berikut pula mengatakan sebaliknya.

Muhyiddin: Putrajaya tidak abai agenda kepentingan Bumiputera

SHAH ALAM, 20 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kaum Melayu jaminan bahawa kerajaan persekutuan masih mengutamakan kepentingan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara.

Beberapa kumpulan perniagaan dan badan pembela Melayu seperti Perkasa mempersoalkan komitmen pentadbiran Najib ke atas usaha mengembangkan bahagian ekonomi Bumiputera, yang menurut perangkaan kerajaan masih belum mencapai 30 peratus.

“Saya ada menerima pandangan bahawa kepimpinan semasa tidak lagi mengutamakan kepentingan Bumiputera, bahawa kita telah mengetepikan agenda yang penting ini,” kata Muhyiddin (gambar) ketika berucap menutup Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera.

Ia dianjurkan bersama oleh Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan Universiti Teknologi Mara.

“(Tetapi) realiti ialah agenda Bumiputera masih agenda utama kerajaan,” kata beliau yang menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

Timbalan Presiden Umno ini menekankan bahawa meskipun kerajaan tidak berulang kali menyebut tentang peripentingnya kepentingan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara, “agenda utama adalah mempertahankan kesemua kaum dan dalam agenda itu, hakikatnya ialah kaum Melayu dan Bumiputera tidak harus diabaikan,” kata beliau lagi.

0 comments:

hostgator coupon code