Ahad, 28 Ogos 2011

60 TAHUN SEJARAH MALAYSIA DITIPU UMNO


Sebelum membaca lanjut penulisan ini baca [sini] , [sini] dan [sini]

Sistem pendidikan Malaysia telah memainkan peranan penting menanam satu persepsi yang berbeza terhadap sejarah sebenar kemerdekaan Malaysia. Ibarat lembu punya susu sapi dapat nama. Persepsi sejarah dan penarafan wira sejarah hanya ditentukan oleh persepsi dan kecondongan penceritanya, perawinya dan pendokongnya saja. Akhirnya perwatakan yang tidak benar akan diselaraskan dengan fakta yang ada bagi mewujudkan bukti yang diheret sehingga akhirnya menjadi sejarah bangsa yang tradisi, walaupun ianya tidak sedemikian sebagaimana yang digambarkan. Penipuan sejarah ini sentiasa berlaku di banyak negara demi menjaga satu warisan yang konon akan menggambarkan kehebatan bangsanya, walaupun hal sedemikian dilihat sebagai satu musuh bagi pihak yang lain. Umpamanya Jepun yang menjadi penjajah sudah pasti ditafsirkan sebagai musuh kepada negara yang dijajahnya, sebaliknya bagi bangsa Jepun mereka menganggap itu adalah satu kejayaan dalam pelbagai faktor sama ada politik, ekonomi dan sosial negaranya.



Antara perbandingan jelas yang dapat digambarkan sekarang sebagaimana yang berlaku tidak ubah seperti berlakunya sejarah itu dahulu. Kisah keperwiraan dan dongeng terhadap Anwar Ibrahim sekarang bakal ditafsirkan bagaimana coraknya oleh perawi-perawi sejarah yang mempunyai pandangan yang berbeza serta persepsi yang berbeza pula. Jika dipihak UMNO sudah tentu memaparkan watak Anwar Ibrahim sebagai 'antagonis', pendurhaka, pengkhianat bangsa dan sebagainya tafsiran yang ditulis oleh perawi-perawi UMNO, sebaliknya mereka akan mendokong dan menyanjungi 'hero' mereka seperti Mahathir, Pak Lah dan Najib sebagai wira negara selaku Perdana Menteri negara. Namun apakah ini mendokong segala kebenaran dalam penulisan mereka? Apatah lagi dengan menganggap orang-orang seperti Musa Hassan, Ismail Omar selaku Ketua Polis Negara sebagai 'pejuang negara'? Penyelamat bangsa dari pengkhianat seperti Anwar, dan Bersih 2.0. Watak-watak ini akan ditabal sebagai pejuang ulung negara 50 tahun akan datang? Bakal mencorakkan sejarah Melayu negara dengan cerita-cerita keperwiraan mereka walhal dari sudut yang lain, mereka inilah sebenarnya 'petualang-petualang' negara yang tiada tolok bandingnya malah lebih kurang sama sahaja dengan watak-watak Stallin dan Hitler pada pandangan 'orang yang di sebelah sana'.

Rentetan sejarah mengikut persepsi penulisnya sahaja, orang yang mengetahui cerita sebenar semakin tidak boleh dipercayai kerana kehidupan mereka terikat dengan gelombang 'periuk nasi' yang harus dijaga demi kemaslahatan keluarga mereka, itu sahaja. Betapa sebenarnya masih banyak fail-fail yang tersembunyi dan menjadi simpanan negara yang tidak boleh didedahkan kepada umum seperti surat-surat MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army, perkara ini sebenarnya diketahui oleh sesetengah perawi sejarah seperti Khoo Kay Kim tapi sebagaimana yang dikatakan tadi hal ini tidak perlu demi kesejahteraan hidup peribadi. Itu saja.

Jika kita lihat watak-watak dalam komunis yang menjadi musuh nombor satu negara seperti Chin Peng, Rasyid Maidin, Shamsiah Fakeh dan sebagainya yang berjuang menentang penjajahan Inggeris pada dasarnya telah dianggap sebagai musuh oleh rakyat Malaysia sehingga sekarang. Kezaliman komunis digembar-gemburkan melalui media arus perdana, sama seperti peranan media arus perdana hari ini. Lihat bagaimana PAS, PKR dan DAP yang cuba membela rakyat akan diputarbelitkan oleh surat khabar UMNO sehingga watak dan tindakan yang baik akan kelihatan buruk di mata mereka. Akhirnya akibat penentangan yang berterusan ini maka dengan sendirinya warisan askar British iaitu askar Melayu cuba mengambil peluang dengan memerangi komunis yang diharamkan oleh kerajaan British dahulu.

Pandangan Muhyiddin Yassin [klik sini] dalam konteks ini sebenarnya hanyalah satu retorik dan pandangan peribadi sahaja yang jelas menggambarkan watak seorang bakal Perdana Menteri yang lemah dalam berbagai sudut terutama bab membela nasib pekerja yang dibuang di bawah Kementeriannya. Bakal Perdana Menteri seperti ini yang jelas menunjukkan kebodohan sendiri dan mementingkan anak-beranak sekali lagi bakal menghancurkan negara Malaysia buat kesekian kalinya. Memutarbelitkan sejarah sehingga menjadi fakta yang bakal dipegang generasi akan datang. Mat Sembab inilah punca berlakunya sejarah yang terbalik pada masa akan datang.

Dalam sejarah yang digarap oleh pelupa bangsa seperti Mat Sembab ini ialah mengetepikan faktor mengapa tergadainya Tanjung Pagar kepada Singapura, ke mana hilangnya Pulau (Batu) Putih Mata, siapa yang menjual maruah bangsa kepada Jepun dan Inggeris? Bukankah orang Melayu? Demi apa? Demi periuk nasi dan keselamatan seperti apa yang dilakukan UMNO dan juak-juaknya sahaja.

Malaysia sebuah negara yang mendapat kemerdekaan tanpa berperang dengan penjajah, Sebuah negara yang paling ramai mempunyai raja dalam dunia. Konteks perjuangan yang diagungkan dalam sejarah hanyalah satu tipu daya sahaja, kemerdekaan tiada kaitan dengan perang terhadap komunis. Penentangan terhadap komunis hanyalah satu penentangan terhadap bangsa sendiri yang berada di Malaysia, sama seperti UMNO menentang PSM, BERSIH 2.0. Cuma gembar-gemburnya sahaja yang lebih. Banyak membuktikan bahawa orang Melayu adalah 'kaki pengampu' nombor satu di dunia, sebab itu orang UMNO yang berjuang atas tiket Melayu suka mengampu walau demi setitik air liur basi sahaja sudah cukup, belum lagi sampai sebaldi air liur macam Shabery Chik ketika berdebat dengan Anwar tempoh hari. Budaya hidup yang suka mengampu ini wujud sejak zaman feudal lagi, menghantar ufti kepada raja yang lebih berkuasa juga jelas menunjukkan budaya 'mengampu' di nusantara telah dididik oleh raja-raja Melayu dahulu kala lagi.

Akhirnya golongan yang mengekalkan budaya ini ialah parti UMNO yang menonjolkan sebahagian yang baik dan menyorok sebahagian besar yang buruk demi segalanya nampak baik, padahal jika diteliti dengan wajah yang sebelah lagi baru kita tahu bahawa Hang Jebat jauh lebih baik dari Hang Tuah meskipun konteks 'loyalti' diutamakan namun 'keadilan' pada akhirnya mendapat tempat di hati bangsa mengatasi kesetiaan yang membuta tuli.

Sejarah Malaysia harus ditulis semula mengikut acuan yang asli, bukan hanya mengikut pandangan perawi yang lebih menjurus ke arah menjaga 'periuk nasi' sendiri lebih-lebih lagi condong kepada sesuatu persatuan dan parti.

Antara soalan yang sepatutnya dijawab oleh Muhyiddin dalam menghuraikan pengertian sejarah dalam konteks Malaysia ianya seharusnya menjawab soalan ini?

Huraikan sebab-sebab yang mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad Ke-20.

Artikel di bawah menjelaskan dengan ditil berkenaan pensejarahan politik dan pensejarahan intelek yang meninggalkan banyak  kesan kepada masyarakat.

Jika sejarah politik umpamanya, mengkaji tentang peristiwa politik dan kaitan-kaitannya, maka sejarah intelek pula mengkaji perkembangan sesuatu pemikiran dalam hubungannya dengan konteks atau ruang pada waktu tertentu.Sebagai salah satu cabang sejarah, ia juga mengkaji tentang masa lalu khususnya tentang pertumbuhan, perkembangan serta penerimaan, penolakan dan pengaruh buah fikiran serta gagasan yang bernas. Gagasan atau idea yang dikemukakan itu mungkin merangkumi pula ilmu-ilmu seperti politik, ekonomi, kemasyarakatan, akhlak, agama dan sebagainya.

Dalam hal ini, perkara yang penting bagi pengkaji selain daripada buah-buah fikiran tersebut, ialah kesan serta pengaruh gagasan-gagasan tersebut terhadap masyarakat.
[klik sini]

dipetik lagi:

Bagi Sidek Fadzil, Sukarno tergolong dalam kelompok nasionalis sekular.Sukarno mengaspirasikan sebuah negara kebangsaan yang wujud dalam sejarah Sriwijaya dan Majapahit. Dalam hal ini beliau telah menolak dengan tegas Islam sebagai dasar partinya  dengan alasan kemerdekaan Indonesia bukan hanya diperjuangkan oleh orang Islam.
47
Fahaman yang menjadi pegangan Sukarno ini telah ditolak oleh Haji Agus Salim. Beliau menganggap nasionalisme Sukarno boleh menggugat ajaran tauhid dan menjejaskanpengabdian seseorang kepada Tuhannya. Nasionalisme yang keterlaluan seperti itu dianggap sudah berupa suatu agama yang menunduk dan memperhambakan manusia kepada berhala tanah air.
48
Berbeza dengan Dr. Burhanuddin al-Helmy, Sidek Fadzil cuba memperlihatkan pegangan politik tokoh Nusantara ini yang berteraskan semangat Islam. Walaupun Dr. Burhanuddin al-Helmy merupakan pendukung kuat nasionalisme Melayu, namun kebangsaan Melayu yang dipegang oleh beliau hanyalah sebagai alat untuk mencapai cita-cita Islam, sebagai lambang penarik dan menyatukan tenaga bagi mencapai cita-cita mulia dan abadi. Hubungan di antara faham kebangsaan dengan cita-cita perjuangan diibaratkan sebagai dunia dengan akhirat yang mana dunia bukanlah tujuan tetapi “hanya satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat”.
49
Abdul Rahman Haji Abdullah mengklasifikasikan nasionalisme Melayu kepada dua bentuk berdasarkan kepada tanggapan terhadap pentadbiran kolonial dan sikap terhadap pemerintahan feudal. Di Tanah Melayu khususnya, mereka yang bersikap pro-kolonial dan pro-feudalisme dianggap berpegang kepada faham ‘nasionalisme konservatif’ manakala mereka yang bersikap anti-penjajah dan anti-feudalisme berpegang kepada ‘nasionalisme radikal’.
50
Menurut Firdaus Haji Abdullah di dalam kajiannya tentang politik Melayu radikal, nasionalisme konservatif diwakili oleh para birokrat tradisional yang berpendidikan Barat, manakala nasionalis radikal pula diwakili oleh mereka yang berpendidikan Islam dan vernakular Melayu. Beliau juga menjelaskan bahawa nasionalis konservatif sering mendapat sokongan dan layanan baik daripada pihak penjajah, sedangkan nasionalisme radikal sentiasa  ditekan dan diberikan layanan buruk oleh kerajaan British.
51
UMNO merupakan antara pertubuhan politik awal yang berpegang kepada nasionalisme konservatif. UMNO bukan sahaja mempertahankan tradisi kebangsaan Melayu, malah mengekalkan tradisi kerjasama dengan pihak kolonial. Hubungan baik dan sikap lunak terhadap pentadbiran Inggeris ini memberikan banyak kebaikan kepada UMNO. Keistimewaan paling besar yang diterima oleh UMNO ialah apabila  pihak British sanggup mengadakan perbincangan dengan UMNO dan Raja-raja Melayu dalam membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1948, ketika Undang-undang Darurat dilaksanakan, banyak pertubuhan politik diharamkan tetapi UMNO dibenarkan bergerak dan hal ini telah membolehkan UMNO menjadi parti yang dominan dan berjaya pula menguasai Pilihanraya Umum 1955.
46
Ibid., hlm. 187-188.
47
Ibid., hlm. 192.
48
Ibid., hlm. 197.21                                                
49
Ibid., hlm. 208.
50
 Abdul Rahman Haji Abdullah, 1998. Op. cit., hlm. 195. 
51
 Firdaus Haji Abdullah, 1985.  Radical Malay Politics. Its Origins And Early Development
(Pelanduk Publications), hlm. 3. 22


Banyak nasionalis-nasionalis Melayu yang agak kekirian haluannya tenggelam dalam melayari sejarah perjuangan tanah air yang dipelopori oleh UMNO, misalnya Dr Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestaman dan beberapa tokoh lagi termasuk juga tokoh-tokoh dari parti komunis Malaya tidak pernah disanjung sebagai perwira negara, kerana mereka ini sebenarnya telah meniup api perjuangan yang membawa kepada penentangan terhadap penjajah secara yang lebih radikal dan agresif.

Sebaliknya UMNO parti yang diwakili Muhyiddin adalah merupakan sebuah parti yang bebas dan 'anak emas' kepada British sehingga sanggup 'menjilat' apa saja kata penjajah sehingga ibarat kata 'Merdekanya Tanah Melayu' bukan kerana kesedaran dan perjuangan UMNO tetapi kerana pandangan British terhadap Malaya pada masa itu sudah tiada berguna lagi kepada mereka. Malaya hanya memberi beban kepada pentadbiran British dan menjadi satu rahsia besar kerajaan British untuk berkata demikian kerana bimbang orang Melayu sedih. Tapi itulah hakikatnya.

Kemerdekaan Malaya yang digambarkan dalam konteks sejarah dan ditulis oleh perawi-perawi UMNO yang menggambarkan kehebatan parti itu memperjuangkan kemerdekaan sebenarnya adalah satu gerak-gempur bagi meningkatkan imej bangsa Melayu dan warga asing yang menjadi warganegara Malaysia pada masa itu sahaja. Padahal desakan dan sebagainya itu adalah dorongan yang tersedia oleh penjajah untuk melepaskan Malaysia dari jajahan takluknya. Cuma mandat sahaja yang diberikan kepada UMNO kerana atas dasar mewakili orang Melayu yang turun berdemo pada masa tersebut lebih-lebih lagi orang kesayangan British.

Akhirnya setelah British mengiktiraf kemerdekaan berbagai jenis penulis mula tampil mengagung-agungkan pemimpin UMNO pada masa itu yang sememangnya menyokong dan mengiktiraf usaha yang dilakukan UMNO adalah sebagai yang paling hebat pernah dibuat oleh orang Melayu atas muka bumi Malaysia ini. Mengikut pandangan kasar itulah sebenarnya yang terjadi. Pengasas UMNO Onn Jaafar juga telah ditendang oleh UMNO kerana perbezaan pendapat. [klik sini] Hilang begitu sahaja, yang tinggal cuma warisnya sahaja seperti Hishamuddin itupun aas dasar mengenang jasa Hussin Onn sahaja. Lebih dari itu tiada.

Namun begitu sejarah-sejarah besar Melayu bergerak lagi dengan munculnya golongan-golongan Mahathir yang sekali lagi menulis tentang Melayu menurut  acuannya, dengan merogol institusi raja-raja, mengurangkan kekebalan raja-raja Melayu yang zalim pada masa itu. Memecat Ketua Hakim Negara Salleh Abbas, mencampakkan Timbalannya dengan tuduhan liwat, berpura-pura menangis untuk melepaskan jawatan. Kemudian datang rabaan dan gosokan Rafidah Aziz meredakannya. Semakin diraba semakin kuat Mahathir melaung....menunjukkan betapa sayangnya dia pada jawatan PM. Setelah berpuluh tahun menerajui negara dan menggali kekayaan sendiri. Mencadangkan Pak Lah sebagai pengganti, kemudian mencemuhnya sehingga sanggup keluar UMNO, menyokong perlantikan Najib sebagai PM tetapi kini mula menimbulkan keraguan dan mula mewujudkan penentangan terhadap Najib yang kelihatan semakin lemah dalam menongkah layar sebagai PM Malaysia. Nampaknya Mahathir mula menyukai Muhyiddin Yassin sebagai PM Malaysia yang seterusnya.



Inilah tokoh yang tercatat sebagai 'perwira' ulung negara yang digarap oleh penyokong-penyokongnya. Namun kisah di sebalik wajah yang terungkai jelas menunjukkan bahawa kehebatan itu hanyalah topeng kepada sikap mencari kekayaan dunia di bumi Malaysia. Sepanjang riwayat ketokohan Mahathir tiada seorangpun yang mampu mencantas kebolehannya melainkan Ku Li, mengapa sehingga terjadi demikian? Sebabnya mudah, bukan tiada tokoh lain, bukan Mahathir terlalu hebat untuk digoncang tetapi kerana orang Melayu yang suka menjilat. Setiap kali nganga maka dengan pantas Mahathir suapinya sehingga kembung dan pecah perut, tiada apa lagi yang tinggal. Semuanya nak dijilat oleh Melayu jenis ini. Setiap jeliran lidah terselit satu liur yang dengan mudah dibaca Mahathir. Inilah sejarah panjang yang perawi UMNO tulis dalam buku sejarahnya yang bakal dibawa ke mana-mana sehingga akhir zaman.

Jadi sekiranya Mat Sabu mengatakan pandangan beliau berkenaan dengan sejarah politik di Malaysia. Orang yang berhaluan kanan yang masih terpengaruh dengan ciri-ciri konservatif dengan jelas menolak dan menghambur dengan kata-kata nista dan sebagainya sebagaimana yang Muhyiddin Yassin lakukan sekarang. Orang seperti Muhyiddin ini mempunyai pandangan tentang sejarah hanyalah sebelah muka sahaja. Sedangkan Mat Sabu berkata demikian adalah kerana dia berpandangan sebagai pembangkang dan peranannya sebagai pembangkang sememangnya tidak pernah diterima oleh pihak pencadang. Mat Sabu mempunyai pandangan tersendiri berkaitan dengan sejarah Malaysia. Jadi mengapa pula orang tidak boleh menerimanya terpaksa menentangnya sebagaimana yang terjadi kepada pengasas UMNO iaitu Onn Jaafar.  Sepatutnya pandangan-pandangan tersirat ini harus diselidiki dengan penuh makna dan emperikal, kerana di dalamnya terdapat juga falsafah politik, nilai perjuangan yang suci dan maruah diri yang harus menjadi satu pengajaran kepada pembaca sejarah ini. Menyusul lagi. Selamat berbuka puasa.

0 comments:

hostgator coupon code