Isnin, 13 Jun 2011

UMNO TIDAK IKHLAS

UMNO kini dan selamanya akan tetap selalu melalak dengan keangkuhan dan kesombongan biarpun keadaan sekarang bagai malukut di tepi gantang...kian suram meniti hari-hari tenat dalam sejarah monopoli parti itu. Laungan keramat yang sentiasa mengaum bak singa kekenyangan yang baru membelasah dan menterkedarah mangsa yang disangkanya hebat itu rupa-rupanya seekor tikus kurap.

Mengapa UMNO begitu tegar mempengaruhi rakyat Malaysia agar terus memilih parti itu sebagai proksi mentadbir negara. Mengapa? Apakah kepentingannya disebalik itu semua?




Jika dilihat senario semasa dalam isu ekonomi, sosial dan agama umumnya. Jelas secara nyatanya UMNO telah gagal dalam mentadbir urus perjalanan kemajuan negara ini, bermula dengan DEB, WAWASAN 2020, ISLAM HADHARI, RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN sehingga kini SATU MALAYSIA, secara holistiknya Malaysia masih banyak dan jauh ketinggalan dengan keupayaan sebenar yang sepatutnya dicapai.

Isu semasa yang beralaskan kenaikan harga sejagat (dunia)yang dicanang UMNO sebenarnya tidak menjadi, kenaikan harga barang dan sumber keperluan utama seperti minyak kepada rakyat Malaysia sebenarnya sudah cukup menggambarkan kegagalan UMNO dalam urusan pentadbiran negara.

Ini belum lagi dilihat dalam konteks pertumbuhan inflasi yang secara tidak langsung merupakan kadar yang tertinggi sejak sedekad lalu. Memang benar rakyat jelata tidak tahu apa yang berlaku dalam sistem ekonomi negara. Marhain hanya tahu cukup bulan dapat gaji, bangun pagi bekerja, kais pagi makan pagi. Itu sajalah kerja mereka. Hakikatnya Umno harus jujur dan ikhlas kepada rakyat negara ini.

Keikhlasan UMNO untuk membantu dan membela rakyat sebenarnya ialah bukan dengan mengikat rakyat dengan gula-gula dan ngauman-ngauman alasan kepincangan pentadbirannya. Tetapi sebaliknya UMNO harus memberi ruang dan peluang kepada parti lawan agar mencuba dengan kaedah yang lain pula untuk mentadbir negara ini.

Peluang dan kesempatan ini seharusnya dilihat secara optimis dan positif, apa salahnya jika UMNO memberi satu penggal kepada PKR mentadbir negara ini. Tidak perlu mencantas dengan berbagai kaedah yang menyakitkan hati dan merosakkan moral masyarakat lain yang tidak terlibat dengan politik.

Andainya UMNO benar-benar ikhlas dan jujur rasanya tidak perlulah bersusah-susah berjuang dan berlawan sesama sendiri. Gunakanlah slogan 1 Malaysia yang diuar-uarkan itu. Sesungguhnya sesiapapun yang mentadbir negara ini selain UMNO yang lebih layak ialah PKR. Berilah peluang hanya satu penggal sahaja kepada mereka sekiranya PKR gagal maka UMNO akan ambil alih semula tampuk pemerintahan negara.

UMNO tidak perlu memperlekehkan parti lawan andai UMNO benar-benar IKHLAS, berilah peluang kepada pembangkang untuk mentadbir negara ini. Jangan memonopoli semua. Mesti adil. Inilah sepatutnya yang harus ada kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Jangan nak dipulun sehingga berkurun lamanya sehingga habis generasi. UMNO perlu telus dan transparen. Jika tiada sokongan UMNO untuk menarik diri dan inginkan penguasaan semata-mata, sampai bilapun Malaysia tidak akan maju dan kenaikan harga barang akan berterusan. UMNO patut berehat buat seketika. Beri laluan kepada parti lain pula untuk mentadbir negara ini.

Rakyat ingin melihat dan menilai sejauh mana kemampuan parti lawan yang dikatakan hebat itu menguruskan negara ini. Harap UMNO ikhlas dengan PRU-13 ini nanti.

0 comments:

hostgator coupon code