Ahad, 19 Jun 2011

Harga Ikan Naik 30% Akibat Penyelarasan Subsidi Diesel


Seperti apa yang kami jangka,harga ikan dinaikkan hingga 30% akibat penyelarasan subsidi diesel yang telah diumumkan kementerian tidak lama dulu sehingga menyebabkan banyak nelayan mogok.

Harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu.Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan subsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.


Pada pendapat kami,kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu.Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai.

Cara kerajaan mengugut untuk menarik kembali lesen nelayan Zon A,B dan C amatlah kami kesali.Perkara begini boleh dibawa berbincang.Hanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi.Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu.

peristiwa harga ikan naik 02 Harga Ikan Naik 30% Akibat Penyelarasan Subsidi DieselSejak kenaikan harga petrol, dan juga penarikan kembali subsidi untuk diesel, kenaikan harga barang memang tidak dapat dibendung lagi.Akhirnya, yang merana adalah rakyat bawahan juga.Apa pendapat anda mengenai isu ini?

P.S. Mungkin ada Menteri yang berkata” harga ikan masih murah lagi berbanding dengan negara Indonesia,India dan Bangladesh”.TERIMA KASIH UMNO!!!





Source: Berita Semasa

0 comments:

hostgator coupon code