Rabu, 22 Jun 2011

BERSIH 2.0: SATU PROSES MENJENAZAHKAN BARISAN NASIONAL



BERSIH 2.0: adalah merupakan satu tuntutan dalam merealisasikan proses pendemokrasian di negara ini berjalan dengan lancar dan bersih. Berhimpun secara aman menjelaskan mesej bahawa segala amalan demokrasi ini masih dipatuhi oleh kerajaan yang memerintah dengan betul dan tidak mengamalkan politik kotor untuk mengekalkan kekuasaannya.

Begitu juga dalam setiap organisasi dan badan kerajaan, terdapat pemantauan dari pihak atasan agar anak buah atau pekerjanya dapat menjalankan tugas dengan betul dan mengikut kehendak-kehendak majikan atau organisasi. Ini adalah perkara biasa, kalau dibank ada pegawai auditnya, yang memantau kerja buat pegawai-pegawai lain, lebih mudah kita lihat di sekolah adanya lawatan nazir dan pegawai PPD bertujuan untuk melihat sejauh mana pegawai-pegawai mereka berkhidmat.

Begitu juga dengan proses demokrasi dan kerajaan, orang yang bertanggungjawab untuk melihat kewibawaan kerajaan ialah rakyat, bukan polis. Polis cuma alat bagi kerajaan yang memerintah dan sentiasa menyokong kerajaan. Jika polis sokong pembangkang dah lama dah kerajaan tumbang. Jadi seharusnya juga Bersih ini dilaksanakan tanpa ada campur tangan pihak luar, biarlah rakyat meluahkan isi hatinya sendiri kepada pemimpin mereka, bukan polis yang menentukannya.

Pihak polis juga sepatutnya menolong untuk menjayakan program ini, bukan menjadi dalang dan menghalang untuk bersih dari melaksanakan tugasnya sebagai penyelia kepada demokrasi negara. Jika tidak pemimpin atau parti BN yang ada sekarang masih tidak sedar dan masih leka untuk melihat betapa rakyat sudah lama menginginkan agar tuntutan-tuntutan ini berjaya dilaksanakan dengan betul.

inilah wajah polis yang sebenar


Apakah KDN, Polis, Barisan Nasional ,BJ, ZK, DAN KJ tidak tahu akan adanya artikel dalam perlembagaan yang membenarkan perhimpunan secara aman dilaksanakan? Jika begitu memang dangkal mereka ini, Macam mana boleh jadi pemimpin kalau ini pun tak tahu? Atau apakah mereka tahu tetapi pura-pura tak tahu? Atau apakah selama ini memang benar kerajaan BN mengamalkan unsur-unsur politik kotor untuk mengekalkan kuasa mereka?

Polis takut dengan Brahim Juling ...paling takut dengan Datuk T'iga
Suku Nak  Cukup Sekati
Andai bersih ini dihalang dan ada cubaan untuk mengotorkan Bersih dengan provokasi oleh penyamar-penyamar, sama ada dari parti kerajaan, atau polis sendiri. Ingatlah demonstrasi ini tidak mungkin akan tamat begitu sahaja, mesti ada pencapaian maklumat dan mesej yang dihantar ada pula respon segera oleh kerajaan, jika tidak sampai maka akan ada peserta Bersih yang lumat begitu saja dibelasah polis.

BERSIH MESTI SMART
UNTUK HANTAR MAKLUMAT
MELAKSANA DENGAN CERMAT
AGAR TIDAK MENJADI LUMAT
SEBELUM TUGAS KITA TAMAT

Perhimpunan BERSIH bakal diadakan pada 9 Julai 2011 (Sabtu) jam 2.00 petang telah mengajukan 8 perkara kepada parti yang memerintah Malaysia (BN), sebagai bukti demokrasi masih diamalkan di negara ini. Antara tuntutan-tuntutan itu ialah:

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Lihatlah sendiri senarai tuntutan ini, apakah senarai tuntutan ini sebenarnya akan menganggu-gugat kestabilan negara? Sungguh lucu bagi yang berfikiran sedemikian. Orang yang tidak berfikiran terbuka seperti Polis, Ibrahim Ali (Brahim Juling), Zulkifli Nordin (Zulkulum) dan Khairy Jamaluddin (Kaki Jilat)melihat perhimpunan beramai-ramai ini suatu jenayah yang mengatakan BOLEH MENGGUGAT KESTABILAN DAN KEAMANAN NEGARA.... DIMANA DATANGNYA IDEA KOLOT SEBEGINI.

Sebenarnya 9 Julai nanti adalah saat yang paling kritikal dan genting bagi Barisan Nasional selaku parti yang memerintah untuk turut melihat betapa rakyat sebenarnya terhidu bangkai penipuan dalam pengurusan pilihan raya negara ini. Sebab itu sudah hampir 50 tahun parti tua ini masih menebarkan sayapnya dengan berbagai langkah penipuan yang sukar dibuktikan melalui undi. Justru demonstrasi  merupakan satu jalan terbaik untuk menjelaskan protes rakyat bahawa BN sebenarnya tidak jujur dalam menjalankan tugasnya sebagai pemerintah negara....lantaran itu Umno yang sepatutnya telah dikuburkan sejak 20 tahun lalu harus sedar dan bertaubat bahawa usianya sudah sampai ke penghujung dan akan tamatlah riwayat tidak lama lagi.

Jom sama-sama kita menjenazahkan Umno dan barisan kafirnya secepat mungkin.
BARISAN NASIONAL
UMNO = Melayu = Islam
MCA = Cina = Kafir (bukan Islam)
MIC = India = Kafir (bukan Islam)

DALAM BARISAN NASIONAL HANYA SATU BAHAGIAN SAHAJA YANG MEWAKILI ORANG MELAYU DAN ISLAM SELEBIHNYA TIDAK: LIHAT PULA KEPADA PR

PAS = Melayu = Islam
PKR = Lebih Melayu = lebih Islam
DAP = Kafir(bukan Islam)

Jika dilihat dalam pembahagian jumlah Islam dan melayu itu sendiri sepatutnya PR lebih Islam dan lebih Melayu dari BN, macam mana pula Brahim Juling dan Zulkulum ni kata dan BN sendiri kata mereka lebih membela orang Melayu? Lucu sungguh pemimpin BN ini...

Para ulama yang bertopengkan BN, dapat pangkat mufti atas tiket Umno seperti Noh Gadut yang mengatakan berdemonstrasi itu haram....dangkal sungguh pengamal agama ini.

tanpa berfikir panjang lagi, saat dan ketika untuk mengkafankan BN semakin dekat dan dekat...sama-sama kita berjuang untuk merealisasikannya...



0 comments:

hostgator coupon code