Sabtu, 30 Jun 2012

UMNO HANYA PANDAI AUTAR SAJA!!!

KEPANDAIAN dan kelicikan UMNO dalam mempertahankan legasinya hematnya harus dihormati seteru dan lawan....UMNO dengan jelas telah, sedang dan akan menggunakan segala upaya yang ada untuk terus berada ditampuk. Masyarakat yang layak mengundi sudah sedar bahawa penentangan paling sengit ini semata-mata demi merebut takhta pentadbiran negara. Kancah pergelutan politik merebut kuasa ini hanya dipelopori oleh dua parti sahaja iaitu prokerajaan BN, dan parti pembangkang PAKATAN RAKYAT. 2 golongan inilah yang sering bercakaran dengan strategi dan taktik masing-masing.

Faktanya UMNO BARISAN NASIONAL sudah lebih 60 tahun berada dipuncak, anatominya sudah tua dan uzur, jika penanggapan ini di tasih kepada manusia. Namun setiap yang bergelar regim sukar diubah sekelip mata meski pemimpin silih berganti. Sehingga kini UMNO BN sudah membarisi ramai pemimpinnya. Sudah 6 Perdana Menteri dari UMNO menguruskan negara ini dengan berbagai wajah, wadah dan model tersendiri. Masing-masing dengan agenda dan moto 'memperelokkan' rakyat, 'memperindahkan' negara, sama ada di mata rakyat marhaen mahupun dipersada dunia.

Tapi benarkah moto itu diperjuangkan dengan ikhlas? Inilah persoalannya.

Semakin diselidik dan semakin dikaji, ramai menanggapi bahawa para UMNOWAN, dan UMNOWANIS membuat banyak pembangunan kepada negara. Tapi layaknya, ini hanyalah satu pandangan mata kasar disisi masyarakat yang tidak sekolah. Hakikatnya, pembangunan itu bukan datang dari UMNO BN semata-mata, tapi itu adalah satu tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh mana-mana kerajaan yang mentadbir.

Ramai yang salah anggap bila tiba soal pembangunan, soal budi kerajaan terhadap warganya, ramai yang kata itu semuanya dari UMNO. Sekali gus menenggelamkan peranan para pembangkang di sebalik tabir. Inilah 'wayang' yang diautar oleh UMNO. UMNO selalu melaungkan budinya kepada rakyat, selalu mengiktiraf gerombolannya melalui pelbagai kaedah. Hingga hari ini, sudah masuk Perdana Menteri yang ke-6 dan mungkin yang terakhir. UMNO masih bangga dengan budinya kepada rakyat, dan sekarang UMNO mula menjaja program 'Janji ditepati'. Apakah ini adalah satu budi UMNO kepada rakyat. Walhal ini adalah satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan tanpa mengira sesiapa pun yang ada di singgahsana.

Mengapa UMNO berbuat demikian? Adakah untuk rakyat atau apakah untuk kumpulannya?

Semakin hampir pilihan raya, maka sering kali pula kelihatan semakin hebat strategi politik UMNO demi pertahankan tampuk kekuasaannya. Semakin angkuh UMNO mencangkul harta perbendaharaan demi menabur budi kepada rakyat. Untuk apa? Tak lain tak bukan adalah untuk terus berkuasa, ada kuasa ada wang. Inilah maksud yang tersirat. UMNO cuba merasuah rakyat dengan gaya yang sangat halus dan tidak kelihatan. Sejarah pola pentadbiran UMNO semakin hari semakin berlainan sekali. Jika semasa kuat dulu, mana mungkin Tun Mahathir akan beri wang poket kepada rakyat, mana mungkin Tun Husin Onn akan bagi baucer tayar kepada pemandu teksi. Mana mungkin itu semua berlaku. Namun demi meraih undi, UMNO sanggup berbuat apa saja.

UMNO sudah rasa kekebalannya tergugat. Jika dulu parti pembangkang hanya bersifat tunggal yang setia menentang UMNO BN, iaitu PAS dan DAP. Amat kacang bagi UMNO untuk mengilasnya. Tapi kini, parti pembangkang juga mempunyai komponen yang sama kuat dengan UMNO BN. UMNO BN mula kematu, segala formula untuk memecah-belahkan komponen PAKATAN semakin tidak menjadi. Setiap kali menahan jerangkap, setiap kali itu juga menjerut batang tengkuk sendiri.

Strategi primitif yang dimainkan UMNO untuk menjatuhkan musuh adalah dengan menggunakan teknik serangan bertubi-tubi melalui berbagai media milik kerajaan. Sudut fokus serangan adalah berkaitan peribadi para pemimpin utama pembangkang sama ada dalam sistem pengurusan pentadbiran hinggalah hal-hal dalam kelambu. Harapannya dapat melemahkan nilai intuisi penyokongnya. Tepat dan jitu kaedah ini. Serangan berhasil, dan sedikit sebanyak telah mengubah corak pemikiran dan intuisi masyarakat. Modal utamanya ialah menenggelamkan elemen kepercayaan penyokong tegar pembangkang dan golongan atas pagar. Bahkan strategi ini sekali gus dapat menguatkan lagi kepercayaan jentera penyokong tegarnya.

Sinisnya apakah ia benar-benar berkesan?

Sesungguhnya perkembangan teknologi maklumat, hasil dari pemodenan globalisasi telah menghakis serangan UMNO BN ini dengan begitu mudah sekali. Sukar buat UMNO BN meruntunkan semangat para penyokongnya. Walau demikian, UMNO tetap berusaha menjatuhkan musuh politiknya tanpa henti, meski terpaksa menggadaikan maruah bangsa Melayu yang sentiasa bersopan terutama dalam hal-hal berkait kelucahan melampau. Hal-hal yang mengaibkan ini telah dijadikan 'ulam' buat UMNO BN. Sebaran kelucahan ini bukan saja buat menjatuhkan musuh politiknya, tapi turut merangkumi para penyokong agar tetap percaya laksana perkabaran Israk Mikraj nabi Muhammad kepada sahabatnya Abu Bakar. Terus percaya dan menyemat kukuh dalam sanubari.

Peliknya, tuduhan yang ternyata sahih tiada sabitan di mahkamah, gagal membendung kepercayaan yang tersemat utuh itu. Anwar Ibrahim masih dicop sebagai orang yang tidak bermoral, biseksual dan segala sinopsis ringkas filem lucah. Mereka sanggup buat filem Anwar, tapi tidak sanggup dakwa Anwar. UMNO sanggup tuduh Anwar, bila Anwar saman balik dan menang kes. Tun Mahathir kata ini adalah satu cara untuk menutup mulut orang lain dari bercakap berkaitan tuduhan yang dibuat. Pendek kata, apapun Anwar lakukan dan buktikan, UMNO sudah bersedia dengan berbagai alasan dan sebab untuk membenarkan tuduhan itu.

Menuduh Azmin Ali sebagai pendehaka kepada ibu bapa, menuduh beliau mempunyai wang berpuluh juta, menuduh beliau mempunyai isteri yang curang, dan anak luar nikah. Lagi siap dengan video sex Azmin Ali sedang lakukan adegan ais krim dalam tandas awam. Inilah fenomena UMNO. Tuduh, tuduh, tuduh...autar, autar, autar....ini sajalah yang UMNO pandai...

Kemudian membuat tuduhan terhadap Anwar Ibrahim memiliki akaun peribadi berjumlah RM3 bilion. Padahal terjerat sendiri bila mana mengetahui bahawa rupanya seorang TPM dari UMNO boleh menyimpan begitu banyak wang dalam akaunnya? Sebabnya pada ketika itu Anwar adalah seorang TPM dari UMNO sendiri. Soalnya bukan individu yang dipertikaikan tapi soalnya siapa Anwar pada ketika itu. Bagaimana dengan Muhyiddin Yasin sekarang? Adakah dia juga punyai akaun sedemikian? Mahukah dia disiasat oleh SPRM? Sepatutnya jika benar dakwaan itu Muhyiddin juga harus berani mendedahkan akaunnya kepada rakyat. Jangan hanya suruh sebelah pihak saja. Ini tidak bijak. Sahutlah cabaran Anwar untuk dedah akaun, biar sama-sama lihat siapa yang sebenarnya mempunyai aset yang banyak. Tapi Muhyiddin hanya tahu putar saja. Muhyiddin tahu suruh orang saja buat tapi diri sendiri tidak. Maka UMNO autar dan autar lagi...

Begitu juga dengan Najib, selalu autar saja bila Anwar ajak berdebat, sepatutnya sebagai seorang pemimpin dia harus berani ke depan, berani menyatakan kebenaran secara berdepan, bukan main taram ikut sedap mulut di belakang (melalui media). Ini dayus dan pengecut namanya. Jangan hanya tahu suruh rakyat BERANI pilih kita sebagai PM, tapi kita takut untuk ke depan berdebat. Slogan rakyat didahulukan juga harus mempunyai makna yang tepat, bukan berselindung di balik makna yang tersirat. Rakyat didahulukan untuk berkorban tapi kita? Sembunyi di balik tiang...Jangan nak autar dan autar saja...

Sikap autar UMNO BN ini berlarutan sehingga soal tuntutan rakyat untuk sistem pilihan raya yang adil dan telus, telah ditafsir sebagai ingin menggulingkan kerajaan dan merampas kuasa, tidak cukup dengan itu maka telah dicadangkan dalam parlimen agar penganjur bersama Bersih 3.0, S. Ambiga dihukum gantung. Inilah sikap autarkarat yang tamak demi mempertahankan kuasanya. Katanya Ambiga itu adalah sebagai pengkhianat. Peliknya puak UMNO. Logiknya sekali lagi UMNO autar, autar dan autar...

Di Kelantan, betapa beriya-iyanya Mustapa Mohamed, Awang Adek, dan Ibrahim Ali, masing-masing ingin menjatuhkan PAS. Maka sekonyong-konyonglah menjaja kelemahan kerajaan PAS.

Mustapa Mohamed dengan isu Kelantan mundur di bawah PAS. Ketinggalan lebih 40 tahun berbanding negeri lain. Kelantan miskin.

Manakala baru-baru ini Awang Adek mengatakan berlaku penyelewengan dalam KGT (Kelantan Golden Trade). Salah urus dan riba.

Manakala Ibrahim Ali dan adiknya Ismail Ali sibuk buat tunjuk perasaan di merata tempat untuk menuntut air bersih dari kerajaan negeri Kelantan.

Tiga tokoh parti UMNO ini sememangnya semua orang sudah kenal-Mustapa Mohamed menang kerana undi pos saja, Awang Adek tewas dalam kandang sendiri, manakala Ibrahim Ali sembah 'kaki' Nik Aziz ingin bertanding di atas tiket PAS menentang UMNO kerana merajuk dirinya tidak terpilih sebagai calon. Lalu, Ibrahim Ali diberikan pentas oleh PAS, sebaliknya Ibrahim Ali lompat parti masuk Bebas kerana telah mendapat habuan yang lumayan oleh kerajaan UMNO. Jika dilihat tokoh dan wajah penentang PAS ini, semuanya ini adalah kaki autar saja..autar dan autar...

Mustapa Mohamed sibuk menyekat royalti minyak ke Kelantan walaupun sultan Kelantan sudah setuju untuk mendaratkan minyak ke Kelantan. Dia sanggup mengatakan Kelantan tiada hak. Walhal kalau tiada Kelantan maka sudah tentu minyak itu milik Siam. Autar dan autar lagi si lakhabau UMNO ini.

Awang Adek kata, tidak mungkin kerajaan negeri mampu melaksanakan projek lebuh raya yang menghubungkan Kuala Krai ke Gua Musang disebabkan mobiliti ekonomi dan sumber kewangan negeri Kelantan amat daif, sedangkan beliau adalah Timbalan Menteri Kewangan. Sepatutnya dengan jawatan itu dia dapat membantu Kelantan untuk membangun, tapi sama sekali tidak , mengapa? Jika di teliti, apa yang direbutkan adalah jawatan Menteri Besar Kelantan yang dipegang PAS. Ini saja kehendak Awang. Jika UMNO tadbir Kelantan pun, pembangunan tidak pesat juga. Sama, malah mungkin lebih teruk. Awang Adek sudah berjanji dengan MCA untuk membuka kembali kedai judi - ekor, toto dan kuda. Malah MCA dengan bantuan Awang Adek pernah saman kerajaan negeri kerana mengharamkan judi di Kelantan, sekali gus dakwanya menyekat hak kebebasan asasi kaum Cina.

Awang, Stopa dan Brehing hanya senyap dalam isu judi di Kelantan. Sebaliknya mencanang berbagai isu untuk membuktikan bahawa UMNO yang hebat, tanpa disedari kurap dan kudis yang bertempek di badan sendiri dengan berbagai isu rasuah dan penyelewengan wang JPP tidak pula dikisahkan. Autar...autar...autar dan autar....itulah yang UMNO paling pandai lakukan....AUTAR...

bersambung pada siri yang berikutnya...

PAKDOE ALLAN


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code