Khamis, 8 September 2011

TUN ZAKI TAMPLON PENASIHAT 23 PERSEN!!!

Apa yang boleh dikatakan lagi sekiranya ada pihak yang mengatakan badan kehakiman bergantung kepada badan eksekutif dalam berbagai soal. Menurut Tun Zaki Tamplon ini segala masalah sama ada projek, kewangan dan kepentingan semuanya bergantung kepada Perdana Menteri bukan kepada Yang DiPertuan Agung. Jadi segala-galanya tidak perlu dipolitikkan demi kepentingan sesebuah parti politik sahaja.

Tegasnya lagi dalam Buletin Utama tv3 7 Sept 2011 sekiranya ingin meminta agar dibina bangunan dan sebagainya haruslah diminta kepada Perdana Menteri jadi soal perjumpaan dengan PM itu adalah perkara biasa sahaja. Namun persoalannya apakah segala permintaan ini sedikitpun tidak menjadi perkaitan sikap 'give and take', sikap 'beri bukan sebarang beri', beri ada makna tu...!!

Gejala badan kehakiman yang bergantung kepada Perdana Menteri dalam soal kewangan dan projek ini pada hakikatnya mencerminkan bahawa campur tangan dalam urusan kehakiman juga mesti mengambil kira kepentingan jawatan PM itu sendiri terhadap negara. Sikap ini tidak menunjukkan keadilan dalam kehakiman. Sikap hutang budi tergadai bodi ini pasti berlaku dalam pengharapan sebegini terhadap PM.

Jadi kenyataan ini sebenarnya tidak boleh dihebahkan kepada umum kerana boleh menimbulkan syak dan wasangka yang buruk terhadap badan kehakiman negara. Dengan kata lain badan kehakiman ini dari sudut fiskalnya bergantung kepada PM apatah lagi dalam tadbir urusnya tentang bidang tugas sebenar, apatah lagi sekiranya menguruskan kes-kes yang berprofail tinggi negara. Apakah sebarang keputusan yang bakal dibuat badan kehakiman ini dipengaruhi oleh jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri. Kita tidak tahu tapi besar kemungkinan ...ya!!!

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code