Sebagaimana yang diketahui sejak sekian lama pentadbiran dan pengurusan UMNO dalam menawan dan memperhambakan rakyat Malaysia dengan pelbagai topeng kenikmatan. Sehingga kebanyakan mereka bukan sahaja mengundi memilih Umno atas dasar kebenaran parti tersebut terhadap janji-janjinya, tetapi sebaliknya kerana mereka telah dibutakan oleh sedikit pemberian Umno. Pada hal tanpa disedari kenikmatan itu ditarik perlahan-lahan tanpa mereka sedari, bahkan ditarik dengan begitu banyak pula.
Setelah sekian lama Umno berjuang di atas tiket Barisan Nasional yang dilihat sebagai satu parti bersama MCA dan MIC di Semenanjung, menentang PAS yang berjuang secara solo sejak sekian lama. Pendek kata 3 lawan 1. Kalau di atas kertas pun memang akan merujuk kepada BN.
Tiga kaum besar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang termaktub dalam piagam Barisan Nasional dan mewakili setiap kaum itu satu parti. Orang Melayu yang mempunyai kuasa dalam bidang politik secara lateralnya UMNO iaitu U MUST NOT OBJECT, manakala orang Cina pula iaitu MCA yang dilihat sebagai kaum yang dapat mengawal ekonomi Malaysia merujuk kepada MONEY CONQUERED ALL. Sementara itu, MIC yang dilihat sebagai kaum yang kurang bersuara dan berperanan dalam kedua-dua isu politik dan ekonomi pula pada setiap kali sidang parlimen diadakan maka MIC akan bertanya "MUST I COME?"
U MUST NOT OBJECT |
MONEY CONQUERED ALL |
MUST I COME |
AKHIRNYA KETIGA-TIGA PARTI INI MEMBENTUK SATU PARTI IAITU BARISAN NASIONAL
BE END |
Jelasnya ketiga-tiga komponen ini yang membentuk sebuah kerajaan telah memerintah negara Malaysia sejak sekian lama dan menentang dengan gah sekali parti-parti lawan yang bergerak secara solo seperti PAS, DAP, terbaru PKR. Penentangan oleh jentera kerajaan yang lengkap bersenjata ditambah dengan penuh strategi dan taktikal ini amat payah dan dilihat begitu ampuh untuk ditumbangkan.
Namun setelah berlakunya tsunami politik yang mungkin berakibatkan kerana berlakunya penggabungan antara parti-parti yang bergerak secara solo tadi menjadi satu parti iaitu PKR, menentang tentera bersekutu BN, nampaknya akan terdapat sedikit kegentaran dalam parti BN ini. Menurut penganalisis politik, buat masa terdekat ini bagi parti lawan untuk mengambil alih putrajaya pada hakikatnya masih jauh untuk digapai pembangkang. Ini adalah kerana tahap kesedaran politik suci dalam kalangan rakyat negara ini masih jauh dari kesucian sebenarnya. Penganilisis politik yang meninjau dari dekat perkembangan-perkembangan politik semasa antara negeri-negeri di Semenanjung menegaskan bahawa hasil kajian terperinci dan dirumus secara umum, majoriti 2/3 masih lagi dipegang oleh BN. Antara bukti jelas ialah PRN Sarawak lepas yang rata-rata dimenangi oleh BN dengan kategori majoriti mudah. Meskipun di sesetengah tempat jumlah undi BN jatuh namun kejatuhan itu bukanlah sesuatu yang serius kepada komponen BN. Bahkan BN akan memberi tumpuan yang lebih pada tempat-tempat tersebut menjelanng PRU-13 nanti.
Pihak lawan pula yang cuba untuk memanjat tembok dipersada parlimen dilihat kian terdesak malah sering tersungkur dengan isu-isu yang hangat diperdebatkan dan disebar oleh jentera kerajaan. Senjata yang berbahaya ini juga mampu mengugah apa saja teknik dan teknologi musuh yang kian canggih ini. Demi kuasa dan pengaruh yang harus dipertahankan sejak turun temurun. Pejuang dalam BN yang silih berganti dengan sejarah tersendiri hanya bertukar tangan di peringkat bawahan dan pertengahan sahaja. Manakala di peringkat atasan kini hanya dipegang oleh keturunan dan baka-baka baik sistem monarki yang mewarisi harta yang dikumpul sejak sekian lama oleh bapa-bapa mereka dari hasil parti yang diperjuangkan masing-masing untuk dipertaruhkan dalam setiap sesi pilihan raya yang dijalankan sehingga akan dilihat sebagai suatu kejayaan yang demokratik dan adil. Sekali lagi rakyat terpedaya dengan sistem ini.
Pada hal keadaan ini tidak sepatutnya wujud namun itulah realitinya. Politik di Malaysia yang dilihat oleh golongan ini sebagai suatu kerjaya yang sangat lumayan dan menguntungkan tidak mungkin dapat dikongsi oleh orang yang bukan golongan pentadbir. Tidak kiralah sama ada parti itu di pihak kerajaan atau pembangkang. Semua ini akan diperturunkan dari satu anak ke satu anak oleh pemimpin-pemimpin terdahulu agar baka yang dilahirkan mereka dalam suasana politik tidak berkubur begitu sahaja.
Antara bapa dan anak, kedua-duanya menjadi inspirasi dalam menghendap peluang politik serta menjadikan politik sebagai satu kerjaya lumayan turun temurun....
Seorang yang gagal mendidik anak untuk meneruskan karier politik seorang bapa....ini..... Must I Come....
Jika di lihat pada gambar-gambar di atas, apa yang tergambar dalam fikiran pembaca?
Mungkin sebenarnya tiada apa-apa, ya sudah tentu tiada apa-apa, kerana semua pemimpin dunia termasuk sistem beraja telah mengamalkan hal ini sejak sekian lama dulu.
Dari satu sudut pandangan pertama, keadaan ini tidak mengundang apa-apa musibah kerana pengaruh keluarga dan kredibiliti calon serta pengalaman hidup dalam situasi berpolitik memang tidak dapat ditandingi oleh orang yang bukan bidang mereka.
Namun dari sudut pandangan yang kedua soalan-soalan ini mungkin dapat membantu untuk membuka jalan dan pemikiran akan calon kategori keturunan ini mentadbir negara.
- Susah ke menjadi ahli politik?
- Seronok ke menjadi ahli politik?
- Apa yang harus kita buat bila menjadi ahli politik?
- Apa yang bakal kita dapat bila menjadi seorang ahli politik?
- Benarkah politik memberi kuasa kepada pemiliknya?
- Benarkah politik memberi pendapatan seperti wang dan harta benda kepada pemiliknya?
- Benarkah kuasa politik mengatasi kuasa agama?
Dimanakah sebenarnya kedudukan dan peranan rakyat dalam konteks sistem negara Malaysia, siapa yang menipu dan siapa yang tertipu seolah menjadi satu adat dan tertib dalam politik negara ini. Satu pihak yang mentadbir akan mendakwa bahawa peranan dan sumbangan mereka lebih besar dan bermakna kepada rakyat, begitulah pula sebaliknya pembangkang akan mencari pelbagai kelemahan dan hipokrit demi membangkang dengan berkesan dan mendapat sokongan rakyat. Tanpa disedari segala pembangunan dan kekayaan yang mereka perolehi adalah datang dari hasil yang disumbangkan oleh rakyat sendiri...dan rakyat pula semakin menyanjungi mereka dan mengagumi golongan politik ini yang dengan jelas memulas duit mereka. Inilah realiti politik masa kini.
0 comments:
Catat Ulasan