‘BN bukan kambing hitam isu video seks’
Tapi sebaliknya
'BN anjing hitam isu video seks'
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bukan kambing hitam (tapi anjing hitam)isu video seks yang dikatakan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak terbabit dalam penyebaran rakaman video seperti didakwa pembangkang.
Sebaliknya BN ialah ‘anjing hitam’ iaitu parti yang jelas, telus dan sentiasa mengambil pendekatan serta tindakan terbaik dalam menangani kes berkenaan dengan memastikan polis melakukan siasatan secara teliti. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya berkata PAS sudah lari daripada landasan Islam kerana tidak mahu mencari kebenaran mengenai isu itu, sebaliknya meluluskan usul mengutuk BN pada muktamar parti itu semalam kerana didakwa membenarkan penayangan video lucah di televisyen dan media cetak. “Dia (PAS) membicarakan soal kepentingan politik, langsung tidak mengambil kira hak, tuntutan agama, mencari keredaan Allah... itu tidak menjadi perjuangan mereka, (tetapi) yang menjadi perjuangan ialah kepentingan politik mereka.
“Mustafa Ali (Datuk - Setiausaha Agung PAS) kata nak tahu siapa sebenarnya (pelaku dalam video seks terbabit), kenapa tidak dikupas itu (sebagai usul dalam muktamar). Kenapa melencong jauh daripada sasaran. Bermakna mereka nak elak, takut kalau diputuskan dalam usul itu, mereka mungkin nak menuntut supaya kerajaan beritahu siapakah (pelaku) dan akhirnya boleh menjejaskan imej mereka.
“Ini semua permainan politik, tidak menyelesaikan masalah dan itu tidak memberikan imej baik kepada PAS,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sempena Program Turun Padang Timbalan perdana Menteri ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.
Muhyiddin berkata, PAS mungkin sudah mengetahui latar belakang isu video berkenaan atau pelakunya, sedangkan sebagai pertubuhan politik berteraskan Islam, parti itu mesti mencari kebenaran seperti dituntut agama walaupun mungkin pahit.
“Muktamar PAS kali ini sepatutnya mencungkil hingga ke peringkat akar umbi mengenai kebenaran kes itu, bagaimana ia berlaku, siapa pelaku dan apakah pendirian parti itu dalam soal berkenaan,” katanya.
Ditanya kemenangan Mohamad Sabu merampas jawatan Timbalan Presiden yang menyaksikan golongan bukan ulama menguasai kepemimpinan PAS, Muhyiddin berkata, BN tidak mengambil kira perkembangan itu kerana menyedari parti berhadapan dengan cabaran sepanjang masa.
Sambil menyifatkannya bukan luar biasa, beliau berkata, perkara lebih penting ialah persiapan, usaha serta pendekatan UMNO dan BN melakukan transformasi politik, termasuk melaksanakan turun padang, mendengar masalah rakyat dan menyelesaikan isu berbangkit.
Pada sidang media di Pusat Islam, Muhyiddin berkata, dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa UMNO penyebab segala masalah di negara ini tidak berasas dan tidak berpijak di bumi nyata.
“Konsep negara berkebajikan PAS pasti seperti yang mereka laksanakan di Kelantan. Apa yang PAS sudah laksanakan di negeri itu selepas memerintah selama 20 tahun? Kenyataan itu cukup melampau dan bukan berlandaskan niat baik,” katanya.
MUHYIDDIN terus terusan menghentam negeri Kelantan, seolah negeri Kelantan langsung tidak membangun..tapi sebenarnya sangkaan itu adalah meleset sama sekali...
Kalau nak tahu sebab apa Kelantan tak membangun!!! Sebab kerajaan pusat membelasah duit minyak yang sepatutnya menjadi hak milik Kelantan...untuk apa...umtuk Najib dan Muhyiddin buat balik ke negeri mereka buat pembangunan...itu saja, mudah bukan. Lagipun tidak mungkin Kelantan akan jatuh ke tangan UMPORNO, sebab tu UMNO tak bagi peruntukan yang betul kepada Kelantan....
Muhyiddin kau bukan orang Kelantan. Kau jangan nak mempersendakan orang Kelantan...tetapi kau yang tak tahu mentadbir negara....Aku doakan orang seperti kau akan jatuh dan dapat musibah dalam hidup kau kerana mempersendakan negeri Kelantan...
0 comments:
Catat Ulasan