sebahagian penyalak-penyalak PERKASA yang konon membela Utusan |
Kata- kata "Utusan adalah wadah yang menyatukan orang Melayu sejak tahun 1939" oleh penyalak-penyalak PERKASA dilihat sebagai sesuatu yang sangat tidak bermoral dan sekadar mengisi masa cuti dengan aktiviti subversif yang tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa atas dasar demonstrasi ini sebagai sebahagian milik kerajaan. Ini kerana desas-desus sebelum ini menyatakan bahawa parti pembangkanng juga akan membuat demonstrasi di sana juga. Oleh itu penyalak-penyalak PERKASA dengan segera mengambil tempat konon untuk menyeimbangkan kehadiran pembangkang, inilah kebenarannya. Namun penyalak-penyalak ini tertipu kerana pembangkang tidak hadir. Jadi tinggallah penyalak-penyalak ini menyalak berapi-api seorang diri dengan menyokong 100% utusan yang sebenarnya tidak pernah menyatukan Melayu di negara ini.
Suapan berita, isu politik dan ekonomi jauh tersimpang dari yang sebenarnya, kewujudan utusan tidak lebih dari lebih memecahbelahkan melayu dari menyatukannya. Apakah ini yang dilaungkan oleh PERKASA, apakah motifnya. Sedangkan jika satu berita yang menggeparkan negara dengan sedikit sahaja isu seperti mengkritik kerajaan - Felda Bankrap yang cuba digarap oleh media pembangkang, apa tindakan PERKASA, apa tindakan kerajaan?
Sebaliknya jika isu melibatkan hal yang lebih gedir(besar), yang nyata melibatkan hal umat Islam seluruhnya di Malaysia yang dibawa oleh Utusan. Dengan pantas kerajaan dan PERKASA bangkit membelanya. Nampaknya sekali lagi peranan dan idealogi yang yang salah dimainkan oleh PERKASA, seolah membela sesuatu yang tidak betul.
Bukan kita nak mengecilkan kebolehan Utusan selaku media tua, tapi kebenaran yang dibawa serta ideologi pemikiran rakyat yang menjurus ke arah apa yang kerajaan buat semuanya betul, sebaliknya apa yang pembangkang cuba bangkitkan semuanya dibantah dan dimomokkan oleh Utusan. Inilah salah satu sebab pengarang-pengarang seperti ini diberi sedikit pengajaran. Agar lain kali biarlah ada ruang untuk parti lain memberi komentar. Biar adil dan benar-benar telus.
0 comments:
Catat Ulasan