PERSOALAN perpaduan antara dua parti yang mewakili rata-rata kaum Melayu di Malaysia dilihat hanya menjurus kepada satu retorik politik yang tidak berkesudahan dari dulu hingga kini.
PAS dan UMNO yang mepunyai perbezaan fahaman dan ideologi yang sama sekali tidak selari, satu ke timur dan satu ke barat. Satu negatif dan positif, kalau magnet memang perkara ini mampu bersatu. Namun realitasnya ini bukan besi berani.
UMNO dengan barisannya yag terdiri dari pelbagai kaum besar di Malaysia seperti MCA, MIC, manakala PAS dengan pakatannya PKR dan DAP. Jika dilihat dan diteliti kedua-dua musuh tradisi ini kini mempunyai pelbagai bangsa dalam kumpulan besarnya yang membentuk satu; BARISAN NASIONAL dan satu lagi PAKATAN RAKYAT.
Inilah keadaan yanng wujud sekarang. Sekalipun dengan ulasan mufti yang bertonggakkan ilmu agama sebagai title untuk memberi hujah berkaitan isu ini. Namun sebenarnya itu hanyalah sebagai satu lagi momokan dari momokan-momokan sebelumnya yang lebih mencelarukan rakyat khususnya orang melayu.
Logiknya, apakah sebenarnya garis panduan yang akan diguna pakai dalam proses percantuman ini?
Apakah matlamatnya?
Saranan yang dikemukakan oleh Dr Juanda (Mufti Perlis) dan disambut dengan tepuk sorak sokongan Dr Asri. Dari satu persepsi nipis dan dokoh. Sekali imbas sungguh bermakna dan berjasa kepada bangsa Melayu dan Islam kononnya. Perkara yang lucu juga di sini ialah seorang mufti Perlis, seorang lagi bekas mufti Perlis yang melaung-laungkan penyatuan ini. Orang selain Perlis tak ada ke?
Dalam UMNO konsep menjaga kepentingan peribadi dan anak beranak menjadi teras yang menguasai kalangan UMNO.
APAKAH UMNO SUDI JIKA SATU HARI JAWATAN PERDANA MENTERI AKAN DIBERI KEPADA KALANGAN PAS?
SEDANGKAN SEBAGAIMANA TAHU KEDUA-DUA PARTI INI BEGITU TAKSUB KEPADA PEMIMPIN MASING-MASING...
BEGITU JUGA JIKA DILIHAT DARI SUDUT YANG LEBIH MUNASABAH, RASANYA UMNO HANYA AKAN MMPERKUDAKAN PAS UNTUK KEPENTINGAN MEREKA SAHAJA...BUKAN PERJUANGAN UNTUK ORANG MELAYU DAN ISLAM SEBENARNYA.
UMNO TIDAK AKAN SANGGUP MENGIKUTI APA YANG DICADANGKAN DAN DIPERJUANGKAN PAS SELAMA INI. MENGAPA?
SEBAB SUDAH TENTU MCA DAN MIC TIDAK AKAN SETUJU DENGAN PERJUANGAN YANG SELAMA INI DI PERJUDIKAN OLEH PAS DENGAN BERCITA-CITA MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM.
SEBUAH NEGARA YANG MENGAMALKAN HUKUM HUDUD SEBAGAI SUATU HUKUMAN YANG DITETAPKAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
MENGHARAMKAN JUDI, ARAK DAN SEBAGAINYA YANG MENJADI SATU BUDAYA BAGI MCA DAN MIC
APAKAH SAHIBUL SAMAHAH MUFTI DAN DR ASRI TIDAK MENGETAHUI KONSEP INI ATAU PURA-PURA TIDAK MEMAHAMI DUDUK SEBENAR PERKARA INI DI MALAYSIA?
SEBENARNYA PENYATUAN INI HANYA BERMAKNA DARI SUDUT FIZIKAL YANG KOMOH SAHAJA.
SEDANGKAN UMNO SEDIKIT PUN TIDAK MAHU BERGANJAK DARI PENDIRIAN ASAL MEREKA.
ORANG UMNO SEDIA MAKLUM JIKA PAS MASUK BARISAN NASIONAL....APA YANG PAS DAPAT??
APA YANG ORANG ISLAM DAN MELAYU DAPAT....??
SEBENARNYA SEMUA INI SAMA SAHAJA, MALAH RASANYA LEBIH TERUK LAGI BILA PAS TIDAK LAGI MEMBANTAH DAN MENENTANG AGENDA DAN PROGRAM YANG MEMBAZIRKAN RAKYAT...
PAS AKAN HILANG TARING BILA BERSAMA UMNO DAN PERJUANGAN PAS UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM JUGA MUNGKIN BERKUBUR BEGITU SAHAJA....
UMNO DENGAN KRONINYA....DAN PAS PULA DENGAN TOK GURUNYA...
SAMA SAHAJA...
PENDEK KATA SELAGI UMNO TERPAKSA MEMIKUL BEBAN DAN AGENDA MCA, MIC. MANAKALA PAS PULA SERING MEMPERTAHANKAN PKR DAN DAP. MAKA SELAGI ITULAH PENYATUAN MELAYU INI HANYA PADA NAMA SAHAJA.
KALAU UMNO IKHLAS INGIN MENYATUKAN MELAYU, IRONINYA BUKAN PAS SAHAJA YANG SEPATUTNYA MENJADI BURUAN UMNO DALAM PENYATUAN INI, SEPATUTNYA PKR JUGA HARUS MENGAMBIL TEMPAT DALAM PROSES PENYATUAN INI. BARULAH MELAYU DI MALAYSIA INI BENAR-BENAR BERSATU DAN KUAT.
ANTARA AGENDA DAN PERANCANGAN PAS SEKIRANYA BERLAKU PERCANTUMAN INI:
- SISTEM GILIRAN SEBAGAI PERDANA MENTERI HARUS DILAKSANAKAN-bukan hanya setakat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri sahaja, tapi itupun dah berlagak nak rak: macam kawan kita tuh...
- MENJADIKAN UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI YANG UTAMA DAN TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA - iaitu dengan mengharamkan arak, judi dan maksiat yang menjadi salah satu budaya yang halal dan sumber ekonomi bagi MCA dan MIC.
- MENGHADKAN PENYERTAAN HANYA SEORANG AHLI KELUARGA SAHAJA YANG LAYAK MEMEGANG JAWATAN DALAM PARTI - bukan anak cucu cicit dari keturunan yanng sama memegang jawatan dan berebut untuk menjadi PM. Lebih baik jika ikut negeri...macam Yang DiPertuan Agung....baru adil.....Ini kalau PM orang Pahang semua kekayaan negara di bawa balik negeri mereka sahaja, kampung mereka sahaja, sedangkan kampung dan negeri lain terbengkalai. Kalau Kedah...sibuk dengan Pulau Langkawinya sahaja...pulau lain...hampeh pun tarak.
- BERSAMA MENJAGA KEPENTINGAN DAN PERLINDUNGAN KEPADA ORANG MELAYU YANG BERADA DI BANDAR BESAR YANG JELAS MENUNJUKKAN BANGSA SELAIN MELAYU LEBIH RAMAI DI KAWASAN INI.
- MENGAGIHKAN PENDAPATAN NEGERI SECARA LEBIH ADIL DAN TELUS-bukan membeza-bezakan antara negeri-negeri.
- MEMULIHKAN SEMULA SISTEM BERSUBSIDI-Sedangkan negara lain boleh memberi gaji kepada penganggur: Ini kita Malaysia, membelasah wang rakyat untuk kepentingan diri sendiri, projek diberi kepada kroni sahaja sedangkan rakyat yang tak dikenali, lesen kewangan dah 6 kali tamat tempoh, tak pernah dapat projek kerajaan. SEBAB TAK KENAL.
- SANGGUPKAH UMNO BERPISAH DENGAN PARTI KOMPONEN YANG TAK INGIN MENERIMA SISTEM ISLAM SEBAGAI SATU PERUNDANGAN DI MALAYSIA - jika tidak proses dan cita-cita PAS akan berkubur begitu sahaja dan tidak lagi bisa: mengaum bak harimau, mengemboh bak lembu, berkokok bak Si Jalak atau yang paling lemah mengembek bak kambing yang kena hujan.
JIKA UMNO BENAR-BENAR JUJUR INILAH PERKARA POKOK YANG HARUS DITERJAH DULU.
BUKAN MACAM ORANG YANG BERLAGAK ALIM DAN PANDAI, TAHU MENGHENTAM SAHAJA TANPA BERFIKIR. NAMPAK MACAM BAGUS TAPI SITUASI SEBENAR BUKANLAH SEBAGUS MANA....MALAH TAK BAGUS PUN...ITS NOTHING...
CADANGAN MACAM INI POK WOR YANG MABUK TAHIT PUN TAHU: TAK PAYAH MUFTI ATAU DOKTOR YANG BAGI TAHU....TAK GLAMOUR LANGSUNG....
0 comments:
Catat Ulasan