Menjelang PRU-13: Dengan kemenangan besar dalam PRN Sarawak hari itu telah memberi keyakinan dan kekuatan buat BN menurut Muhyiddin Yassin, meskipun agak getir namun itu adalah perkara biasa dalam menghadapi sebarang pertandingan, kerana secara logiknya setiap pertandingan mesti ada cabarannya.
Pelbagai takanan psikologi, emosi dan jentera kerajaan telah digunakan dengan secara optima bagi mengekang sebarang serangan musuh dan sekali gus dapat melemahkan mereka terutama bila kepala bendera musuh iaitu DSAI dapat dipenjarakan.
Apakah dengan menggunakan satu-satunya jalan ini maka dapat meredakan dan memusnahkan terus kemaraan musuh?
Jika ini satu-satunya jalan maka mereka mesti melaksanakannya sekalipun dengan demikian mereka terpaksa menggunakan pelbagai helah dan muslihat demi menjaga kuasa yang selama ini menjadi hak mutlak mereka.
Kesedaran rakyat untuk mencuba sesuatu yang baru dalam sistem pentadbiran di negara ini dilihat masih baru, dan ramai yang tidak berani berbuat begitu atas dasar menjaga 'periuk nasi' masing-masing.
Program 'kecek' belia sehingga didakwa sejuta orang menghadiri program itu sedikit sebanyak dapat meredakan kegelisahan kerajaan dalam menghadapi PRU-13 nanti....
Dengan penuh keyakinan Najib Razak mendakwa akan pertahankan Putrajaya meski akhirnya hanya bertongkatkan dagu sahaja...
Laungan inilah yang merupakan laungan ala-merdeka yang bergema di stadium satu masa lalu...
Hari ini isu video sex yang menjadi asas serangan untuk menutup sebahagian ahli UMNO yang bercita-cita nak masuk PKR. Point baru ini sekurang-kurangnya dapat dijadikan buah mulut dalam kalangan ahli UMNO untuk disyarahkan dalam majlis-majlis parti mereka.
Umno sering menggunakan berbagai-bagai cara dalam menentang PR, jika dulu musuh tradisi UMNO hanyalah DAP dan PAS sahaja tapi kini PKR yang juga merupakan satu ancaman besar kepada UMNO...meski dalam hati setiap pemimpin UMNO sedikitpun tidak gentar dengan sebarang ancaman yang dicanang pembangkang, kerana bagi mereka BN terlalu kuat untuk diruntuhkan.
Tetapi dalam diam tak diam andainya PR benar-benar menjadi suatu kenyataan, andainya PR benar-benar berjaya....maka bersiap sedialah wahai musuh dan orang yang menjadi musuh Anwar...apakah mereka juga akan datang merayu dan melompat parti kembali ke pangkuan PKR?
MINTAK MAAF SAJALAH....
Isnin, 30 Mei 2011
MUSUH ANWAR KIAN GENTAR...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan