Jumaat, 20 Mei 2011

DR MAHATHIR DISARAN JADI PERDANA MENTERI DI PALESTIN


SEORANG pemimpin puak dari Israel memberi tawaran peribadi beliau kepada Dr Mahathir. Pendapat yang bernas ini sewajarnya perlu diterima oleh mantan PM Malaysia yang didakwa telah membawa banyak pembaharuan dan pembangunan negara Malaysia. Pelantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri di Palestin sudah tentu akan mengubah secara total landskap politik dan pembangunan Palestin.


Malaysia sepatutnya bekerjasama dalam soal ini untuk memberi keamanan sejagat kepada dunia Islam. Mahathir yang telah banyak memberi jasa kepada Malaysia dan dilihat masih belum puas menjadi PM lebih baik dihantar untuk menjadi PM di Palestin sahaja. 


Penghantaran Dr Mahathir untuk menjadi PM Palestin seharusnya dilihat dalam sudut yang lebih rasional dan bermakna, permintaan dan keperluan rakyat Palestin bukan sahaja dari sudut barangan, makanan dan ubat-ubatan sahaja. Malah perbuatan itu hanya akan membazir sahaja kerana menjadi mangsa kepada tentera Israel. Namun sebaliknya Malaysia akan   menjadi lebih terkenal dan masyhur kerana mempunyai seorang PM yang berketurunan Melayu menjadi kepala utama Pemerintah di Palestin. 


Apa salahnya jika seorang pemimpin yang berpengalaman seperti beliau membuktikan kehebatannya untuk menyatupadukan Yahudi dan Islam, beliau seorang yang dikatakan sangat hebat di Malaysia dulu sehingga sekarang sepatutnya mengambil peluang ini untuk keamanan sejagat dunia Islam.


Ketua puak di Palestin juga mengalu-alukan kedatangan Mahathir ke sana, beliau juga diminta agar mencari seorang yang dapat menjalankan nasihat untuk hal-hal yang berkaitan undang-undang negara Palestin. Calon yang disebut-sebut dan agak sesuai untuk menjawat penasihat undang-undang di Palestin ialah Datuk Nazri Aziz, beliau merupakan seorang yang pakar dalam sistem perundangan negara Malaysia juga diminta agar menjadi penasihat undang-undang negara Palestin dengan gaji dan elaun yang lebih besar dan ditanggung oleh PBB.

Kedua-dua tokoh berprestij dari Malaysia ini akan memberikan hasil kerja yang sangat baik, dan sudah tentu sekali gus dapat menyelamatkan pergolakan yang berabad berlarutan selama ini di Asia barat. Harapan dan usaha ini lebih baik dari menghantar barang lusuh ke sana yang di rampas oleh Yahudi pula.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code