Ahad, 22 Mei 2011

ARNOLD SCHWARZENEGGER KAKI RABA

SCHWARZENEGGER... digelar Tangan Panjang.

NEW YORK: Selain bernafsu terhadap pembantu rumahnya, Arnold Schwarzenegger juga dilaporkan pernah mengusik adik dan ibu wanita terbabit.

Menurut sumber, pelakon Predator itu menggaji tiga beranak, Mildred Baena, 50, Miriam, 48, dan Evelyn, kini 76, sebagai amah. Kata sumber itu, setiap seorang daripada wanita terbabit pernah diraba Schwarzenegger ketika bekerja membersihkan rumah bekas Gabenor California itu. 


“Schwarzenegger memang dikenali kerana gemar menyentuh punggung mereka ketika wanita terbabit bekerja.

“Mildred sendiri menceritakan perkara ini,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, walaupun Evelyn lebih tua berbanding Schwarzenegger, bekas jaguh bina badan dunia kelahiran Austria itu tetap bernafsu. 

Semalam, The Sun melaporkan, Mildred - yang melahirkan anak hasil hubungan sulitnya dengan Schwarzenegger - menganggap aktor itu “bertangan panjang” kerana suka meraba pekerja wanitanya. 

Mildred diambil bekerja di rumah Schwarzenegger di Brentwood selepas diperkenalkan Evelyn dan hanya berhenti berkhidmat selepas 20 tahun. 

Sementara itu, sumber lain berkata, Miriam bersimpati terhadap nasib isteri Schwarzenegger, Maria Shriver, 55, yang dicurangi. 

“Sejak sekian lama Maria akrab dengan Mildred dan sama sekali tidak mengetahui anak lelaki yang dibesarkan itu adalah daripada benih suaminya,” katanya. 

Schwarzenegger, 63, dilaporkan pernah membawa anak luar nikahnya itu bercuti bersama keluarganya tanpa disyaki sesiapa pun. - TS


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code