Sabtu, 30 Jun 2012

KASSIM AHMAD PENJILAT BONTOT NAJIB...


SIAPA dia ni...gua tak kenal pun muka dia..baru sekarang muncul di persada media, gara-gara nak jual buku yang tak laku. Konon untuk meraih populariti murahan. Usahanya adalah untuk mendapat pembelaan dari UMNO dan menganugerahkan suatu emolumen untuk menghargainya kerana telah berjaya mengutuk Anwar Ibrahim. Tokoh baru muncul ini adalah sebahagian dari hasil penggalian konco UMNO untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya watak Kassim Ahmad ini tidak sama dengan Kassim Selamat -Ahli muzik, mula-mula gua ingat Kassim Selamat. Namun Kassim Ahmad digambarkan sebagai seorang intelektual yang sealiran dengan Profesor Kamaruddin Kachar (Kuchar Taik). Tapi nampaknya kedua tokoh ini bila dinilai hanyalah sisa najis dan pengampu dalam UMNO saja. Nampaknya ramai para intelek 'celup' dari Malaysia ini telah dibaptiskan dan 'dilembukan'oleh UMNO. Amat mudah untuk berbuat demikian..iaitu sediakan pangkat dan imbuhan, tengok betapa kuat mereka menyondol...inilah RESMI bijak pandai UMNO. Tengok air muka pun orang dah kenallah Kassim. Kalau anda seorang anti hadis pun terus orang percaya sebab tengok rupa pun dah macam Kahar Ahmad (Rasul Melayu).

Jika tuan-tuan dengar dan tengok video di atas, maka sudah tentu tuan-tuan nampak apa sebenarnya yang diingini oleh Kassim Gila ini. Kassim kata Altantuya adalah kisah yang Anwar sengaja ada-adakan untuk menjatuhkan Najib. Bodohlahdia ni..BUTA PERUT...penawarnya hanya racun tikus saja...!!!

ULASAN Masyarakat di luar sana terutamanya orang Melayu terus disogok dengan kenyataan-kenyataan yang rendah nilai kemanusiaan meskipun kadangkala ia datang dari wawancara seseorang yang bergelar intelektual; atau sekurang-kurangnya yang menganggap diri mereka seorang intelek.

Kenyataan terbaru dari seseorang yang kononnya mengaku intelek ini daripada Dr Kassim Ahmad yang menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang diterbitkan dalam Malaysiakini edisi bahasa Melayu yang dengan jelas menyebut tajuk "Kassim Ahmad: Anwar patut dihukum gantung".

Pemuda PKR (AMK) Selangor menganggap kenyataan berbaur kebencian ini tidak wajar keluar daripada mulut seorang intelek Melayu.

Apatah lagi AMK Selangor melihat ini sebagai satu serangan peribadi yang tidak wajar dilakukan oleh Dr Kassim Ahmad kerana siri-siri kegagalan beliau sendiri untuk mendapat sokongan umum dalam setiap perkara yang beliau lakukan.

Dr Kassim juga dilaporkan menyebut sering bernada tegas dengan Anwar dan berniat untuk "meludah", "menempeleng", "memancung" dan "mengantung" ketua umum PKR itu.

AMK Selangor percaya kenyataan seumpama itu hanya akan didengari daripada individu yang mempunyai tingkah laku dan pemikiran penuh dendam dan berbaur emosi.

Abaikan kenyataan emosi

Dr Kassim dalam rungutannya telah menuduh Anwar sebagai dalang, yang dituduh menjadi dalang mengharamkan buku kontroversinya yang bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula pada 1986.

Kenyataan ini wajar disanggah. Melihat situasi pada 1986, Anwar bukanlah seseorang yang mempunyai kuasa untuk mengharamkan atau sekurang-kurangnya mempengaruhi tindakan Kementerian Dalam Negeri.

Ini jelas tuduhan melulu, penuh emosi dan dendam dari seorang penulis yang kecewa dan lara akibat penulisannya yang diharamkan oleh kerajaan.

Memetik ulasan Dr Ahmad Awang, bekas naib presiden PAS itu menyebut, Dr Kassim pernah diberi peluang untuk berdebat 26 tahun lalu.

Dan kini, menurutnya lagi, tidak ada apa yang perlu didebatkan lagi memandangkan beliau sangat degil untuk mempertahankan hujahnya walaupun dengan jelas ia bertentangan dengan ajaran Islam.

AMK Selangor percaya masyarakat Islam, Melayu terutamanya boleh mengabaikan kenyataan keras Dr Kassim kerana ia jelas beremosi dan penuh kecelaruan kerana pandangannya tidak diterima oleh umum sekian lama.

Dr Kassim seharusnya cermin diri dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak berjaya meyakinkan pihak lain untuk menerima ideanya, dan mengambil jalan mudah untuk menjadikan Anwar sebagai kambing hitam.

Habiskan usia jadi alat

Kemungkinan juga Dr Kassim inginkan sesuatu sebagai imbuhan dari kerajaan sesuai dengan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 20 Jun lalu agar kajian semula pengharaman buku kontroversinya. Dan beliau mungkin menjadikan platform ini untuk menentang Anwar.

Seharusnya Dr Kassim selaku ahli akademik dan seorang mantan presiden sebuah parti politik mempunyai jiwa yang lebih besar dan menerima perbezaan pendapat serta menghormati mana-mana pandangan yang tidak menyebelahinya.

Tetapi agak mengecewakan apabila beliau mengambil jalan pintas untuk menjadikan Anwar sebagai sasaran mudah kemarahan beliau.

AMK Selangor percaya Dr Kassim perlu belajar menjadi lebih terbuka serta merendah diri dan boleh mengambil Dr Syed Husin Ali sebagai contoh terbaik.

Terimalah kenyataan bahawa dunia masih menghormati dan mengagumi peribadi pemikiran dan sahsiah Anwar.

Tetapi Dr Kassim menghabiskan hujung usianya untuk menjadi alat pihak-pihak berkepentingan dan akhirnya segala usahanya akan berakhir sia-sia.
PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code