SUDAH terang lagi bersuluh, terima ugutan bunuh disertakan peluru hidup kepada ahli politik yang tidak disenangi oleh pihak lawan sudah menjadi trend di Malaysia, malah ramai juga ahli politik yang turut terkorban ditembak jarak dekat gara-gara tidak sebulu dengan musuh politik.
Perbuatan sedemikian amat sukar dikesan polis di Malaysia, peralatan dan kecanggihan teknologi untuk mengesan siapakah angkara yang berbuat demikian masih lagi tiada di Malaysia. Justru perkara ini akan berulang dari semasa ke semasa. Kegagalan polis memberi pengajaran kepada pengugut yang berbuat demikian akan menjadikan trend ini terus menjadi-jadi.
Mungkinkah mangsa ugut tahu siapa punya angkara tapi tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa suspek terbabit. Lagipun jika terkena pula suspek itu orang yang dilindungi oleh kuasa politik yang lebih tinggi maka alamatnya laporan polis hanya menjadi simpanan sahaja. Kiranya mati, akan dikatakan 'mati mengejut'. Mudah bukan!
Nga terima ugutan bunuh, peluru melalui pos
Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan sebutir peluru, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak.
Sambil menggelar Nga sebagai "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda.
"Ini amaran dari orang Melayu - jangan kurang ajar," bunyi surat tersebut,di mana peluru diletakkan dan dibalut dengan kertas tisu.
"Ini sudah melampau... tak boleh diterima langsung," kata Nga ketika dihubungi, sambil menambah bahawa ibu bapanya yang sudah tua, amat terkejut dengan kejadian itu.
"Kami dalam politik, kami boleh berdepan dengan tekanan sebegitu, tetapi tidak ahli keluarga kami," katanya.
Menurut Nga, sampul surat itu telah dikirim melalui pos dan ibu beliau yang menerimanya.
"Saya tinggal di Ipoh, saya telah menghantar seseorang untuk mengambil kandungannya dari ibu saya. Saya akan buat laporan polis selepas saya menerimanya, "katanya.
Nga, yang juga setiausaha DAP Perak, menjadi perhatian umum minggu lalu berikutan dakwaan seorang penulis blog yang beliau mempunyai peranan dalam pemberian kontrak menjahit kepada syarikat, di mana isterinya adalah "rakan kongsi tidak aktif".
Nga dan syarikat yang didakwa itu, telah menafikan dakwaan rasuah dan mencabar penulis blog tersebut supaya membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
P/S: Jika benar DAP beri kontrak kepada pembida yang paling tinggi dan melanggar prosedur tender maka tindakan wajar diambil, tapi terkadang harga yang paling rendah juga bukan penentu kepada sesuatu projek itu diperolehi kerana jika diberi kepada sebut harga yang terendah juga mungkin akan menyebabkan sesuatu projek itu terbengkalai dan tidak disiapkan....kerana kontraktor mengalami kerugian...mungkinkah ini satu perangkap?
0 comments:
Catat Ulasan