Sabtu, 9 Julai 2011

Peserta Bersih Meninggal Dunia Ketika Hambatan Polis Di KLCC

KUALA LUMPUR 9 JULAI : Seorang peserta Bersih, Baharuddin Ahmad, 59 meninggal dunia setelah terjatuh di perkarangan KLCC pada perhimpunan aman yang dianjurkan hari ini.

Allahyarham merupakan suami kepada Ketua Wanita PKR Setiawangsa, Rusni Malan.

Beliau dikatakan rebah akibat sesak nafas, ketika hambatan pasukan polis yang melepaskan semburan gas pemedih mata ke arah peserta Bersih yang berhimpun di kawasan itu.

Timbalan Pengerusi PKR Wilayah, Zahir Husin berkata allahyarham kemudian dikejar ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code