Gobalakrishnan kata orang Hindu tidak kisah dengan penghinaan tersebut kerana mereka satu pasukan. Zulkifli Nordin yang sebelum ini lantang menghina agama Hindu sekali gus menafikan dan mengatakan ianya telah diedit. Sungguh hina kenyataan ini kerana dengan jelas video tersebut bukan satu yang diedit malah terang dan amat jelas sekali.
Bahkan Zulkifli Nordin yang membuat kenyataan itu kemudian turut mereka cipta fitnah yang baru terhadap Pakatan Rakyat. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan UMNO semakin jauh tersesat daeri landasan dan terdesak untuk meraih simpati rakyat dengan cara yang amat jijik. Sebaliknya rakyat perlu diingatkan akan perbuatan ini mungkin digunakan oleh UMNO sendiri.
Sesungguhnya perbuatan ini jelas menunjukkan fitnah bahawa tidak mustahil UMNO akan melakukan perkara tersebut. UMNO akan buat kekecohan dan akan menuduh PR melakukannya. Sudah banyak kali perbuatan salah dan jenayah dilakukan UMNO tapi yang disalahkan ialah pembangkang. Contoh nyata ialah isu Lahad Datu, yang bagi IC ialah UMNO, yang kena tuduh ialah pembangkang (DSAI), yang lambat ambil tindakan ialah Hishamuddin, tapi yang kena tuduh ialah Tian Chua. Inilah skrip politip mainan UMNO untuk kekalkan kuasa.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan