Khamis, 4 April 2013

PERTEMUAN ANTARA BUKU DENGAN RUAS DI TANAH MERAH...

Andai benar berita ini maka sekali lagi dingatkan pertempuran kerusi parlimen di Tanah Merah sangat sengit sekali. Sebelah UMNO yang masih samar-samar sama ada jersi biru itu disarung oleh bekas YB yang lama iaitu Dato' Ir Saari Hj.Hassan atau Dato' Hj. Ikmal Hisham bin Abdul Aziz. Kedua mempelai ini masih menjadi persoalan. Ramai yang merasakan Datuk Ikmal sebagai calon winnable candidate Najib namun tidak dilupakan juga Datuk Saari juga adalah satu nama yang sangat besar di Tanah Merah. Kedua pesaing ini masih berlawan merebut untuk menjadi calon bagi parlimen di sini.

Namun apa yang menarik ialah apabila pucuk pimpinan pembangkang sudah tidak lagi mencalonkan YB Amran yang merupakan penyandang kerusi ini sejak 2008. Muka baru yang disebut-sebut dalam pencalonan ini ialah Datuk Dr Nik, beliau merupakan seorang tokoh yang sangat mesra dengan penduduk setempat. Mempunyai klinik perubatan di bandar Tanah Merah dengan nama Klinik Dr Nik. Beliau juga seorang yang tekun dalam mendalami ilmu agama. Mesra dan mudah didekati.

Andai calon dari UMNO ialah Ikmal mahupun Saari, maka pertembungan ini sangat klasik sekali. Ibarat pertembungan antara buku dengan ruas.

Calon PKR Parlimen Machang dan Tanah Merah Diumumkan Malam Esok?

Malam esok bertempat di Tanah Merah, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim akan mengumumkan dua lagi calon parlimen yang akan bertanding di kerusi parlimen kali ini di Kelantan. Untuk kerusi Machang PKR meletakkan Dr Wan Zawawi Wan Ismail seorang pensyarah di Institiut Aminuddin Baki (IAB) Kuala Lumpur.

Zawawi merupakan seorang Phd Extension Education (Community Resource Development)

Training & Adult Learning University Putra Malaysia (Graduation Date: 10 May 2007). Beliau juga pemegang Master's Degree, Human Resource Management MS. HRD dari universiti sama.

Beliau kelahiran Labok Machang Kelantan. Dr Zawawi akan mengganti tempat Saifuddin Nasution Ismail yang akan berpindah bertanding di Kulim - Bandar Baru Kedah. Pemilihan Dr Zawawi untuk mengganti Saifuddin dikira tepat dan sesuai sekali.

Beliau bukan saja diterima oleh ahli dan penyokong PKR tetapi kalangan penyokong dan ahli PAS Machang juga mengalu-alukan pencalonan beliau. Zawawi dijangka akan dapat mengekalkan kerusi parlimen Machang yang dimenangi Saifuddin dalam pilihan raya lalu.

Manakala seorang lagi calon yang akan diumumkan malam esok ialah untuk kerusi parlimen Tanah Merah. Masih belum terdedah siapakah calon untuk kerusi berkenaan tetapi yang pastinya tidak penyandang sekarang Amran Abdul Ghani.

Salah seorang yang disebut-sebut ialah Nik Mahmod yang merupakan bekas calon PKR di kerusi parlimen Kota Bharu tahun 2004 tetapi tewas.

Selain dari itu seorang orang doktor yang kini mempunyai klinik persendirian di Tanah Merah juga disebut-sebut akan diumumkan malam besok.

Kerusi Tanah Merah sudah dua penggal dimenangi PKR, tahun 1999 ia dimenangi PKR menerusi calonnya Saufi Daud manakala tahun 2008 melalui Amran Abdul Ghani.

Sempena kunjungan untuk mengumumkan calon PKR malam besok, Anwar juga dijangka akan singgah di masjid Galok Pasir Mas untuk menunaikan solat Maghrib atau Isyak dan berjumpa dengan masyarakat setempat di parlimen Pasir Mas.

Selepas di Tanah Merah beliau akan bergegas pula ke Jeli menghadiri himpunan pra pelancaran NGO "K" di Jeli.

PAKDOE ALLAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan