AKIBAT kegagalan dalam keseluruhan kerusi parlimen, bahkan sekali ini keputusan paling buruk diraih UMNO sejak 55 tahun yang lalu menyaksikan 7 lagi kerusi parlimen tergadai kepada pembangkang.
Akibatnya jelas menampakkan sebarang keputusan di parlimen juga bakal melalui cabaran yang getir. Menang BN tidak bermakna buat Najib, kerana pada zaman Pak Lah telah hebat ditekan untuk berundur kerana konon telah gagal pertahankan 2/3 kerusi. Jadi bagi Najib juga beliau kena sedar akan tindakan wajar yang perlu diambil. Najib juga sudah tidak layak memimpin UMNO.
Prestasi Najib ternyata merudum teruk, namun masih berani mengangkat sumpah sebagai PM, bahkan berani serta angkuh pula menganggap perubahan undi Cina adalah sebagai 'Tsunami Cina'. Hakikatnya orang Cina bukan perkauman, sebaliknya bertungkus lumus memenangkan PAS di banyak kawasan di Selangor, bukan soal mereka berpuak seperti dalam MCA. Propaganda UMNO yang terus menghukum orang Cina sebagai tidak berpihak kepada mereka bakal menyimpan dendam kesumat yang tidak berkesudahan. Pujukan dan rayuan UMNO dalam penggal yang berikut sekadar menampakkan ketidakikhlasan UMNO sahaja. UMNO telah menyemarakkan api perkauman yang berterusan bila menuduh DAP sebagai parti rasis.
Keputusan di bawah jelas menunjukkan betapa ramainya rakyat yang mengundi pembangkang, namun strategi dari segi kawasan dan parlimen masih memberi kelebihan kepada UMNO, jika dari jumlah pungutan suara keseluruhan mengikut majoriti, jelas menunjukkan bahawa UMNO telah lama berkubur. Jika diikutkan suara rakyat yang sebenar Najib sudah tidak layak memimpin negara ini.
Parlimen
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi
DUN
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)
Total 505 kerusi
UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)
Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) - Tertinggi dalam sejarah PRU
Keputusan di atas menggambarkan bahawa rakyat lebih ramai sokong PR. Keadaan ini amat serius, orang Cina berani berubah, inginkan politik baru, tidak mahu politik lama yang terpalit dengan berbagai skandal rasuah. Orang Cina di Malaysia jauh lebih cerdik berbanding orang Melayu di Malaysia. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada kajian kecerdasan, lihatlah betapa ramai pelajar di sekolah rata-rata dikuasai oleh orang Cina, jika bukan kerana adanya berbagai akta, seperti kontrak sosial dan hak keistimewaan orang Melayu. Jumlah pelajar Cina di IPT sudah tentu lebih ramai berbanding Melayu. Ini yang selalu UMNO lupa.
Manakala orang Melayu masih terikat dengan budaya lama. Mereka rata-rata terbelenggu dengan sikap yang pengecut dan tidak berani berubah, apatah lagi api perkauman dan budaya 'ugut' amat menekan dan menelan mereka bulat-bulat. Melayu yang kuno tidak berani membuat perubahan kerana mereka takut kepada UMNO. Mereka mudah selesa dengan keadaan yang ada.
Admin pernah mengatakan sebelum ini bahawa terdapat 7 faktor mengapa Putrajaya masih tidak mampu ditawan pembangkang seperti di sini
Memang benar, orang Cina sangat BERANI, tapi Melayu masih tetap unggul dengan ketakutan yang membara. Keputusan yang memihak DAP bukanlah bererti 100% orang Cina di dalamnya, sebaliknya orang Melayu dan India juga turut mengundi DAP untuk menumbangkan UMNO. Akhirnya jelas penguasaan DAP sangat ketara berbanding dengan PKR dan PAS. Pola penyokong bukan mencerminkan sesebuah parti, tapi sebaliknya satu indeks yang jelas menunjukkan penolakan terhadap UMNO dan sekutunya secara total. Hanya Melayu yang agak konservatif dan 'gerun' untuk berubah telah memberi kemenangan kepada UMNO.
Satu hal yang amat ketara ialah penguasaan BN di Sarawak, yang rata-rata masih menyokong Taib Mahmud walau penuh terpalit dengan skandal. Inilah sumber kekuatan UMNO yang sebenarnya. Orang Sarawak masih takut untuk menghadapi perang politik moden. Maklumat sebenar yang disalurkan pembangkang masih jauh dari menepati sasaran. Sebaliknya mereka terus 'pejam mata' dan sanggup berlindung dengan sogokan material yang diberikan Taib Mahmud sebagai hadiah 'seketika' untuk mereka.
Beberapa nama hebat UMNO turut kecundang seperti Ghani Othman dan Ali Rustam yang sangat berpengalaman. Ghani Othman bukan mangsa korban UMNO sebagaimana dakwaan sesetengah pihak bila dipilih untuk bertarung dengan Lim Kit Siang, tapi sebenarnya UMNO ketandusan calon (tiada siapa yang sepadan) untuk berdepan lawan yang berkaliber seperti LKS. Jadi 'terpaksa' meletakkan Ghani sendiri selaku MB Johor sebagai lawan yang prolifik. Akhirnya Ghani tersungkur dengan majoriti yang sangat besar 14, 762. Begitu juga dengan Ali Rustam yang gagal di tangan Shamsul Iskandar dengan majoriti 5, 447 satu angka yang juga menunjukkan betapa rakyat sudah menolak UMNO seluruhnya.
Makna kemenangan Najib adalah sinonim dengan kekalahan UMNO, keraguan masih tebal menyelubungi pembangkang yang mendakwa demokrasi dibunuh UMNO. Perkara sebenar akan didedahkan selepas perhimpunan pada malam ini. Namun apakah kesannya pada jangka pendek dan jangka panjang???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan