SEBAB TERLALU GHAIRAH MENABUR FITNAH, AKHIRNYA MEREKA TIDAK MEMBEZAKAN ANTARA KIASAN DAN PERLAMBANGAN YANG DIGUNAKAN OLEH PEMIMPIN PEMBANGKANG...AKHIRNYA MEREKA MENGAMBIL SETIAP PERKATAAN YANG KELUAR DARI MEREKA SEBAGAI BENAR DAN BAHAN FITNAH...TAK SANGKA RUPANYA RAMAI BLOGGER UMNO TERDIRI DARI ORANG-ORANG YANG TAK TAHU BAHASA, GOLONGAN KATA DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU...
PRAGMATIK
CONTOH YANG SANGAT SENANG IALAH DALAM BENTUK SITUASI
1. Seorang rakan bertandang ke rumah, setelah masuk ke dalam rumah maka dia kata:
"cuaca hari ini panas sungguh"
mendengar pernyataan itu, maka dengan segera tuan rumah tadi bertindak membuka pendingin hawa dan mengambil segelas air sejuk.
pragmatik bahasa ialah -adakah tetamu tadi meminta pendingin hawa dibuka? TIDAK. Adakah tetamu tadi meminta segelas air sejuk? TIDAK
Persoalan yang timbul di sini ialah tindakan yang diambil hasil dari sebaris ayat yang lain oleh penutur akan diterjemahkan oleh pendengar dengan tafsiran yang berbagai.
Kesan sosialnya ialah adakalanya tafsiran seperti itu akan memberi maksud sebagaimana yang tersurat atau tersirat mengikut kehendak penutur atau dengan sengaja pendengar menterjemahkan dalam keadaan yang sangat negatif.
2. Awan hitam di langit dengan angin yang bertiup kencang, seorang suami tiba-tiba menjerit lembut:
"darling, hari nak hujan"
Tindakan yang diambil oleh isteri yang biasa..yang bebal dia terima bulat-bulat atau mungkin tiada kepentingan baginya dengan keadaan itu. Tiada kaitan sampingan...lantas seraya berkata:
"oh, ya ke? Patutlah gelap"
Tetapi di sini ada kesan sosial yang jauh bezanya, seorang isteri lain mungkin tidak akan berkata-kata tapi terus bertindak dengan pantas berlari. Ke mana? Untuk ke jemuran mengangkat kain. Adakah suaminya suruh berbuat demikian? Tidak.
Dalam tindakan lain pula ialah seorang isteri terus masuk ke bilik dan membuka pakaiannya serta terus telanjang bulat dan naik ke katil...sebabnya respon hari nak hujan cuaca sangat dingin. Maka tindakan yang wajar ialah mengadakan jimak.
Kesimpulannya dalam pragmatik bahasa penutur tidak membuat arahan maksud tersebut tapi pendengar sering kali menafsirkan mengikut situasi yang memberi kepentingan kepada dirinya.
Levinson (1983) dalam bukunya yang berjudul Pragmatics, memberikan beberapa batasan tentang pragmatik. Beberapa batasan yang dikemukakan Levinson antara lain mengatakan bahwa pragmatik adalah kajian hubungan antara bahasa dan konteks yang mendasari penjelasan pengertian bahasa. Dalam batasan ini berarti untuk memahami pemakaian bahasa kita dituntut memahami pula konteks yang mewadahi pemakaian bahasa tersebut. Batasan lain yang dikemukakan Levinson mengatakan bahwa pragmatik adalah kajian tentang kemampuan pemakai bahasa untuk mengaitkan kalimat-kalimat dengan konteks yang sesuai bagi kalimat-kalimat itu.
Macam-macam unsur dalam wacana pragmatik
1. Situasi: keadaan
2. Pembicaraan: tokoh sentral
3. Pendengar: tokoh pendamping
4. Tempat: latar/setting
5. Waktu: keadaan saat terjadi
6. Adegan: gerak laku/ucapan
7. Topik: inti pembicaraan
8. Peristiwa: kejadian-kejadian
9. Bentuk amanat: bentuk wacana
10.Kode: bahasa yang digunakan
11.Saluran: wujud komunikasi
SEMANTIK
Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.
Perbedaan Pragmatik dan Semantik
Pragmatik adalah studi yang menelaah makna ujaran dalam situasi/kondisi sosial
Semantik adalah studi yang menelaah makna kata
Perbedaan pragmatik dan semantik:-
Pragmatik menelaah kata secara eksternal, sedangkan semantik menelaah makna kata secara internal.- Pragmatik terikat dengan konteks, sedangkan semantik bebas konteks- Pragmatik menelaah makna yang dimaksudkan penutur, sedangkan semantik menelaah makna sesuai ilmu linguistik- Pragmatik menelaah makna secara triadis, sedangkan semantik menelaah makna secara diadis.
CONTOH LAIN PULA DALAM BIDANG BAHASA INI ADA BEBERAPA KATEGORI YANG HARUS DIHALUSI. ANTARANYA IALAH ISTILAH YANG MERUJUK KEPADA KATA, SEPERTI, SEAKAN, IBARAT DAN SEBAGAINYA..
CONTOH JELAS IALAH UNGKAPAN SEAKAN DALAM VIDEO INI MERUJUK KEPADA ISTILAH SASTERA IAITU HIPERBOLA, PERBANDINGAN MELAMPAU
Istilah Sastera…?
adegan = bahagian daripada babak / lakonan
aksi = perlakuan
aliterasi = pengulangan konsonan dalam baris yang sama
anafora = pengulangan kata depan dalam pantun, sajak, syair …
antagonis = watak jahat
antologi = kumpulan karya prosa dan puisi yang dibukukan
asonansi = pengulangan vokal dalam baris yang sama
babak = bahagian dalam drama
bait = bahagian dalam sajak
balada = lagu atau puisi yang mengisahkan cerita romantis/sentimental
cereka = cerita rekaan
cerpen = cerita pendek
dialog = percakapan watak dalam drama
diksi = pemilihan / penggunaan kata oleh penulis
elegi = puisi bernada sedih
epifora = pengulangan kata akhir dalam baris yang berlainan
epik = prosa/puisi tentang kepahlawanan
genre = jenis karya satera
hiperbola = perbandingan yang melampau
humor = unsur lucu
imbas kembali = kisah yang digambarkan melalui penceritaan semula
imbas muka = ramalan/jangkaan sesuatu kejadian yang akan berlaku
intonasi = turun naik nada suara
inversi = keterbalikan kata dalam ayat
klimaks = bahagian drama/novel/cerpen yang mencemaskan
konflik = pertentangan antara individu (idea/kekuatan)
latar = penyataan tentang tempat, masa dan masyarakat dalam karya
mesej = pemikiran/idea yang disampaikan oleh penulis
metafora = perbandingan yang tiada kaitan
nada = bunyi suara dalam mengungkapkan hasil karya
peleraian = penyelesaian sebuah cerita/drama
persoalan = perkara yang mahu ditonjolkan oleh penulis
personafikasi = benda/binatang yang diberikan sifat manusia
plot = urutan/jalinan cerita
prosa = karya yang menggunakan bahasa biasa
protagonis = watak hero/baik dalam sesuatu cerita
puisi = karya seperti sajak, syair, pantun…
simile = kiasan yang menggunakan kata seperti, bagai, umpama …
sinkof = kependekan kata
sinopsis = ringkasan cerita
tema = idea utama yang menjadi pokok sesuatu cerita
watak = pelakon
watak hitam = watak jahat
watak putih = watak baik
watak sampingan = watak pembantu
watak utama = hero
Tiada ulasan:
Catat Ulasan