Khamis, 20 September 2012

MASYAALLAH MENGHINA SUNNAH NABI.....DIBANDINGKAN DENGAN BABI...


KEADAAN perlakuan sumbang yang benar-benar mencerminkan betapa jahatnya nilai moral gerombolan UMNO. Walaupun kita membenci seseorang itu dengan maha dasyat tapi janganlah sesekali membuat perkara sehingga mendatangkan aib dan menghina sunnah. INI SUDAH TERLAMPAU!!!

Beginilah sikap biadap yang ditunjukkan oleh penyokong UMNO terhadap pemimpin PAS, amat jijik sekali. Walaupun sekadar ingin berseronok tapi ini juga adalah mempersendakan agama dan sunnah, sama dengan filem innocence of muslims.

Gambar di atas adalah satu penghinaan yang tiada taranya bukan sahaja ke atas TG Nik Abdul Aziz, tetapi juga ke atas sunnah Rasulullah.

Apakah menghirup makanan dari pinggan di pandang sebagai sesuatu yang tidak sopan oleh pencacai UMNO lalu menyamakannya dengan khinzir?

Sedangkan apa yang dilakukan oleh TG Nik Aziz dan kebanyakan ulamak adalah untuk menghabiskan makanan di pinggan. Ia adalah perkara basic di dalam ugama yang ramai pencacai UMNO tidak tahu sebab cetek pengetahuan di dalam pelajaran ugama sendiri.

Hadith: Dari Anas: “Bahwasanya Rasul SAW, sewaktu makan menggunakan tiga jari, dan sabdanya: “Ketika suapan seseorang dari kamu jatuh, hendaklah diambil, dibersihkan dari kotorannya, lalu dimakan, jangan dibiarkan syaitan yang makan. Dan beliau SAW, menyuruh membersihkan sisa makanan di piring dengan sabdanya: “Kalian tiada mengetahui dengan pasti butiran makanan yang mana terletaknya barakah pada makanan” (HR. Muslim)

Di dalam Islam yang tidak sopan itu ialah yang mensia-siakan rezeki, yang membazir dan yang tidak habiskan makanan di pinggan/piring untuk menjadi jamuan kepada syaitan.



Rentetan dari peristiwa ini maka satu laporan polis telah dibuat.

Pasir Puteh - Lujnah Undang-undang Pas Kawasan Pasir Puteh mengecam tindakan menghina Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman sosial Facebook.

Pengerusinya, Zarir Yaakob berkata, gambar yang dimuatkan pemegang akaun Facebook itu agak keterlaluan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya tindakan meletakkan gambar Nik Aziz menghirup makannan di pinggan di sebelah gambar haiwan meminum air dianggap sebagai tidak beradab.

"Individu tersebut bukan sahaja menghina Mursyidul Am PAS dengan menyebarkan gambar itu malah dalam masa sama menghina sunnah Nabi Muhammad saw.

"Saya berharap pihak berkuasa bertindak segera kerana tindakan itu jelas mengaibkan seseorang dan boleh mencetukan ketenteraman awam," katanya selepas membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah di sini semalam.

Lebih mengecewakan katanya, "posting" itu turut tertera tulisan "Antara dua haiwan ini, mana yang lebih sopan".

Zarir berkata, individu tersebut bukan saja telah mempamerkan kejahilan sendiri kepada umum, malah menghina agama sendiri dengan memperlekehkan amalan yang menyamai amalan junjungan besar Nabi Muhammad saw.

"Saya kesal dengan perkara ini, apatah lagi dalam suasana umat Islam di seluruh dunia bangkit menentang perbuatan menghina Islam, malangnya orang yang mengaku Islam di negara ini turut menghina agama sendiri.

"Mungkin juga individu terbabit berada dalam kebuntuan dan terdesak selepas melihat semakin ramai rakyat berpihak kepada perjuangan PAS, sehingga sanggup melakukan untuk mengaibkan pemimpin besar PAS," katanya.

SUMBER

PAKDOE ALLAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan