Rabu, 21 September 2011

MANOHARAN BAKAL DIDAKWA KERANA MENCABUL JALUR GEMILANG


Akibat pulut, santan binasa. Akibat mulut badan terdakwa. Inilah kisah yang menyayat hati bagi Manoharan yang cuba bermain api dengan keramat sang jalur itu. Menurut Manoharan, bendera jalur gemilang adalah terlalu berciri Barisan Nasional dan perlu ditukar sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.

MANO
Kata-kata seumpama inilah yang mengheret Mat Sabu ke pentas mahkamah Najib bagi membuat perhitungan akibat kerajaan mengikut pandangan gerombolan penjenayah sejarah dalam UMNO yang telah mengisytiharkan perang habisa-habisan terhadap PAS melalui keceluparan Mat Sabu yang merupakan duta penting dalam pentadbiran PAS. Mat Sabu akan menjadi sasaran serangan sama da peribadi atau sebagai malukut kepada PAS. Bukan sebab apa tapi tiada sebab.


Begitu juga dengan Manoharan yang cuba menukar bendera Malaysia sekali lagi menjadi bukan saja peluru malah bom jangka oleh UMNO untuk memporak-perandakan perikatan dalam pakatan. Kini meskipun Manoharan telah memohon maaf melalui laman FBnya namun nampaknya kebangkitan kemarahan pemimpin UMNO malah dalam Pakatan sendiri nampaknya masih belum reda dan membara. Pelbagai gesaan dan tindakan yang wajar disajikan oleh tokoh-tokoh dan pemimpin UMNO terhadap Manoharan. Itulah 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.

Cuma apa yang membezakan Mat Sabu dengan Manoharan ialah Mat Sabu bercakap atas dasar fakta yang benar, cuma persepsi berbeza. Tafsiran persepsi ini terlalu kompleks apatah lagi Mahathir kata Malaysia tidak pernah dijajah juga persepsinya terhadap sejarah. Walau banyak yang tidak betul..Namun sekali lagi bezanya Mat Sabu dengan Mahathir ialah Mat Sabu kena dakwa tapi Mahathir lepas bebas dengan persepsinya.

Sebaliknya pandangan Manoharan yang menyatakan bahawa bendera Malaysia ada ciri UMNO itu salah sama sekali kerana terbentuknya UMNO adalah selepas Jalur Gemilang dikibarkan. Bendera Persekutuan Tanah Melayu atau kini dikenali sebagai Jalur Gemilang telah dirasmikan sebagai bendera negara melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Manakala Parti Barisan Nasional pula hanya wujud pada tahun 1973 menggantikan Parti Perikatan yang didaftarkan secara rasmi pada 30 Oktober 1957. Kesalahan fakta sebegini tidak patut berlaku dalam memberi sebarang komen terutama melibatkan keseluruhan parti. Ruang yang terbuka luas ini sama sekali telah memberi hujan panas kepada Pakatan. UMNO yang melihat kelibat peluang mangsa yang dangkal akan menghentam habis-habisan. Ini gejala biasa bagi orang yang kena penyakit 'beguk' macam UMNO.

Oleh itu sekiranya Mat Sabu yang penuh dengan fakta sejarah juga mampu didakwa oleh UMNO apatah lagi Manoharan yang langsung tiada back up dan follow up dari fakta. Jadi apakah UMNO menerima permohonan maaf Manoharan atau tidak hanya bergantung kepada sejauh mana tindakan yang diambil oleh parti terhadap Manoharan. Ini persepsi UMNO. Jika sebelah pihak Ghani Patail tidak ada sebarang masalah untuk mendakwa orang-orang seperti Manoharan selagi ada lampu hijau dari bosnya iaitu UMNO. Pelbagai akta dan perundangan masih dikenakan terhadapnya.

Namun besar harapan agar Manoharan tidak dikenakan sebarang tindakan dan dakwaan setelah 'tersalah' cakap itu. Biasalah manusia dalam keadaan yang sangat marah dan meluat segala perkataan tidak mungkin dapat dibendung lagi, tapi setelah difikirkan balik hanya maaf yang boleh diungkapkan. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan