Rabu, 21 September 2011

LELAKI PAKAI PURDAH UNTUK LIHAT PERLAWANAN BOLA SEPAK

Keputusan untuk membenarkan hanya perempuan menyaksikan bola sepak oleh kerajaan Turki terhadap pasukan yang mencetuskan keganasan penonton telah mengakibatkan ramai golongan lelaki terpaksa memakai burga untuk menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi.

Turki larang lelaki, benarkan wanita dan kanak-kanak tonton bola sepak

ANKARA: Turki membuat perubahan radikal bagi membanteras keganasan dalam perlawanan bola sepak apabila melarang kemasukan penyokong lelaki dan hanya membenarkan wanita serta kanak-kanak menyaksikan aksi.

Berdasarkan peraturan baru yang diluluskan Persatuan Bola sepak Turki, hanya wanita dan kanak-kanak bawah 12 tahun dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan secara percuma membabitkan pasukan yang dihukum atas perangai buruk penyokong mereka.

Fenerbahce mengedar kira-kira 27,000 tiket percuma kepada wanita dan kanak-kanak bagi menyaksikan perlawanan kelab itu menentang Manisaspor di Istanbul. - AP




Tiada ulasan:

Catat Ulasan