Sabtu, 18 Jun 2011

KOMEN RAZORSHARP TENTANG SERANGAN CYBER!!!!

Buat pengetahuan semua, hal ini tiada kena mengena langsung dengan politik. tiada langsung. jangan fikir yang setiap kejadian yang berlaku, semuanya ada latar belakang yang bermotifkan politik.

semuanya dilakukan sebagai protes kepada tindakan kerajaan yang mengenepikan hak rakyat, demi mengikut hala tuju artis yang tidak tahu menahu langsung dengan perkembangan semasa dalam dunia internet Malaysia. yang dibuat, cuma spekulasi silih berganti.

siasat terlebih dahulu, bukan lakukan tindakan membabi buta. ini negara demokrasi, tapi kenapa tindakan dilakukan tanpa notis rasmi dari kerajaan dahulu buat rakyat? yang terjadi, hanya segelintir yang tahu, disebabkan oleh dokumen yang terlepas ke internet. bukan notis rasmi. kenapa berahsia? kenapa perlu lambat beritahu?

adakah ada tindakan yang dibuat dengan menyiasat semua aspek yang terbabit dengan teliti dan terperinci, atau sekadar menurut kata perintah dari pihak tertentu? betulkah apa yang dilakukan? berbezakah perkataan 'halang' dan 'tapis'?

ikuti perkembangan semasa rakyat, kita di zaman yang baru. jangan mendidik atau memerintah mengikut zaman kamu dahulu. kerana generasi baru perlu didikan dan perintah yang baru, bukan mengikut telunjuk yang sama, dan ini berkait dengan masalah cetak rompak.

sudah jelas lagi terang, rakyat bersuara di blog-blog, tapi masih lagi seolah-olah kerajaan, media massa dan pihak-pihak tertentu bersekongkol, menutup mata, telinga dan mulut daripada kebenaran dan suara majoriti rakyat. bukan ARTIS! tapi rakyat! yang cantik ditunjuk, walaupun palsu. yang buruk disembunyikan, walaupun benar. yang tidak sedap dipandang atau didengar, diubah. tolonglah kerajaan.




Source: http://BURITa ALIAn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan