Inilah yang dibanggakan oleh Awang yang selama ini menganggap semua yang dibuat oleh parti lawan yang menentang satu-satunya konon pada pemikiran Awang ialah pembela melayu. Semuanya salah. Sebaliknya jika apa yang dibuat UMNO iaitu tuan kepada Awang semuanya betul. Walaupun Awang terpaksa menjilat sisa najis buangan UMNO: Awang tetap merasa hebat dan sedap. Awang tetap berkokok sejak sekian lama dulu demi untuk membela kaum dan bangsanya sendiri. Bagi Awang Hang Tuah dulu sanggup terjun ke dalam lubang najis semata-mata demi berkhidmat kepada tuannya, jadi apa salahnya pada pandangan Awang. Awang sanggup melakukan apa sahaja agar tidak digelar sebagai pembelot, Awang betul. Bagi Awang dirinyalah pembela sejati yang melihat jauh ke hadapan. Awang akan bantah apa sahaja yang orang lain buat asalkan tuannya selamat. Apa saja yang terdaya oleh Awang untuk menyelamatkan puaknya Awang pasti bangkit membela. Kokokan Awang yang sayup dan kadang-kadang lantang bersuara menjadikan Awang dianggap sebagai pahlawan, mungkin sekarang belum masanya Awang ditabalkan sebagai pahlawan negara. Tapi mungkin setelah Awang dikuburkan esok barulah pelbagai anugerah Awang dapat. Tapi Awang tidak kisah itu semua, Awang seronok melakukan perjuangan sekarang. Awang hebat dalam menangani bermacam masalah. Awang dah biasa dengan keadaan ini, bagi Awang ini perkara kecil dan tidak perlu kepada kokokan yang lantang. Awang rasa cukuplah sekadar Awang melepaskan angin sahaja, tak perlu najis. Inilah sang 'Awang Selamat' yang suka menyelamatkan orang termasuk diri sendiri. Awang berkokok lagi tapi dengan suara yang semakin suram dan sayup kedengaran seolah tiada pagi lagi bagi Awang.
Inilah kokokan Awang:
Awang Selamat menyifatkan orang Melayu yang menyertai Bersih - yang akan mengadakan perhimpunannya 9 Julai depan - sebagai mereka yang dangkal berpolitik, kerana mendakwa faedah besarnya dinikmati oleh kaum lain.
Menurutnya, pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, akan tersenyum puas kerana rata-rata yang menyertai Bersih sudah tentunya orang Melayu.
"Begitulah dangkalnya Melayu berpolitik, yang faedah besarnya dinikmati kaum lain," tulis Awang Selamat dalam kolum 'Bisik-Bisik Mingguan' dalam Utusan Malaysia hari ini.
Lebih menimbulkan persoalan, tulisnya lagi, ialah perhimpunan itu didakwanya turut didalangi NGO yang anti-Islam dalam pemikiran dan tindak-tanduk mereka.
"Penyertaan PAS lebih sekadar pak turut kerana golongan pro ketua pembangkang, Anwar Ibrahim atau Anwarinas sudah menguasai parti itu.
"Timbalan presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu pula mahu menjadikan perhimpunan itu bagi membuktikan kebolehan dan pengaruh beliau," tulis Awang Selamat.
Bagi PKR pula, katanya, Bersih akan menjadi suntikan baru kepada mereka yang amat lemah sekarang.
"Orang yang paling gembira di sebalik perhimpunan itu nanti ialah Anwar," tulis Awang yang mendakwa ia merupakan satu lagi peluang bagi mengalih masalah moral ketua pembangkang itu.
Sehubungan itu, Awang mencadangkan kepada rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan menolak hipokrasi agar berdiri di kiri dan kanan laluan, dengan membawa sepanduk skandal pemimpin pembangkang.
"Paparkan juga keratan akhbar beberapa individu yang menjadi mangsa liwat. Merekalah yang sebenarnya perlu dibela jika kita mendokong budaya bersih.
"Apa juga yang mahu dipaparkan, paparkan sahaja atas nama bersih. Awang percaya, perhimpunan tersebut boleh sedikit sebanyak bertukar wajah dan akhirnya menjadi senjata makan tuan kepada pembangkang," tulisnya.
Awang turut mengimbas perhimpunan Bersih 2007 dan beberapa perhimpunan yang menurutnya, mencetuskan kekecohan.
P/S
Bagi Awang dialah 'hero' yang sebenarnya. Awang masih lagi keliru antara kokokan pagi dengan malam. Namun Awang tetap berkokok, berkokok yang tak henti-henti, kerana baginya waktu yang sudah senja dirasakan masih pagi bagi Awang...Mungkinkah Awang kini sudah nyanyuk??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan