Ahad, 12 Jun 2011

ASTRO PAJAM PELANGGAN

ASTRO memang sudah terkenal di seluruh negara, dari bayi berusia 3 hari sehingga kepada pak tua yang bongkok 7, semuanya telah mengenali apakah ASTRO itu. Namun dalam diam tak diam setelah sekian lama membelasah hasil keringat pengguna yang terpaksa dibayar dengan berbagai pakej termasuk juga iklan yang sememangnya tidak pernah dilanggan pengguna. Astro memajam pengguna lagi dengan membuat pelarasan harga baru kepada pengguna. Perniagaan yang berbentuk monopoli ini mengutamakan prinsip keuntungan  bukan kebajikan. Pengguna yang lapar pada sukan, cerita dan hiburan sudah tentu menjadi satu keterpaksaan untuk membeli sebarang pakej yang ditawarkan Astro. Ini kerana pihak kerajaan yang mentadbir negara Malaysia mungkin sudah tidak lagi mampu dan mungkin juga sudah nak mampus untuk menaja atau menyiarkan siaran-siaran sukan terutama bola sepak secara terus atau langsung menyebabkan pengguna sudah tiada pilihan lain yang lebih menguntungkan dan akhirnya terpaksa membeli pakej-pakej yang tidak berbaloi ini. Apa boleh buat...menteri penerangan kata "kalau tak ada duit, tak payah tengok Astro" Inilah jawapan dan kata-kata seorang menteri terhadap rakyatnya. Apa yang sedapnya menteri itu berkata dihadapan ribuan penyokongnya sendiri malah diikuti dengan tepuk-sorak dari penyokongnya sendiri tanda bersetuju. 



Menurut Berita Semasa:
Agaknya, memang dan jadi trend sejak dua menjak ni, akan berlaku banyak “pelarasan harga”.Penggunaan ayat “pelarasan harga” ini pun sudah popular untuk memberitahu rakyat dengan cara paling sopan untuk terma “kenaikan harga”.Kali ini, ASTRO pula akan buat pelarasan pada harga pakej yang ditawarkannya.





2 tahun lepas, harga bagi pakej sukan ASTRO telahpun diselaraskan atas sebab ASTRO membuat pelaburan bagi mendapatkan hak penyiaran eksklusif yang bernilai RM 800 juta kepada FA Premier League selama 3 tahun yang berakhir tahun 2012.Dan kali ini pula, ASTRo membuat sekali lagi pelarasan akibat kenaikan harga kandungan pakejnya.

Nak marah ASTRO pun tak boleh, sebab dah mereka satu-satunya syarikat kabel TV berbayar yang boleh kami katakan telah memonopoli terus pasaran kabel TV berbayar ini di Malaysia.Mungkin ada yang berkata, kenapa hanya ASTRO sahaja yang diberikan lesen untuk menjadi stesyen TV berbayar, tapi ada tujuh lagi syarikat yang telah diberikan lesen tersebut.

Pemegang lesen berkenaan adalah :



Siapa kata mudah nak lawan dengan Astro Malaysia?Dalam 7 syarikat tersebut, hanya Tmnet yang dah perkenalkan Hypp Tv.Yang lain kami tak tahu. Memang susah nak bersaing dengan Astro Malaysia lebih-lebih lagi jenamanya sudah mula terkenal.


Tetapi tidak mustahil. Dahulu MiTV pun boleh bungkus. MiTV menghentikan operasinya kerana capital investment untuk terrestrial pay tv infra sangat-sangat tinggi. Pada masa yang sama nak lawan dengan ASTRO Malaysia yang subscriber (pelanggan) mereka sudah pun ramai.

Kebanyakan rancangan TV popular, Astro Malaysia sudah ambil dahulu dan ekslusif untuk mereka. MiTV ingat boleh jual broadband juga mengguna infra yang sama dan eventually recoup investment mereka.

Sekarang ini pengguna mesti masih lagi mengimpikan yang mana Celcom, Digi mahupun Maxis berlumba-lumba menarik perhatian pelanggan dengan cuba memberikan yang terbaik kepada pengguna. Sama-sama kita nantikan nanti ye…

P/S : Kerajaan Malaysia mungkin boleh memberikan lebih banyak lagi lesen bagi mereka ini menyediakan stesen TV berbayar, tetapi tidak semua yang boleh bertahan lama.Susah-susah sangat, benarkan sahaja rakyat pakai piring satelit sendiri macam penduduk kat Sarawak.


Apa yang lebih pelik ialah di Thailand rancangan tv satelit termasuk HBO dan 127 channel lain yang disediakan oleh kerajaan hanya mewajibkan pengguna membeli receiver pada harga sekitar rm700, kemudian pengguna tidak lagi perlu membayarnya. Hanya sekali bayaran sahaja. Inilah yang peliknya di Malaysia ini, kata Perdana Menteri Malaysia telah lama memberi kebajikan kepada rakyatnya, tapi sebaliknya jika diperhalusi sebenarnya bukan kebajikan kepada rakyat tapi kebajikan kepada pemimpin rakyat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan