Jumaat, 4 April 2014

SULTAN KEDAH (YDP AGONG) TERHARU DENGAN PERISTIWA MEMALI TETAPI TIDAK MAHATHIR....KENAPA???


Sultan Kedah yang kini Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim pernah menziarahi kubur Ibrahim Libya dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. Tuanku Sultan Kedah Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli menziarahi kubur almarhum Ustaz Ibrahim Libya. BESAR PENGHORMATAN ITU DIBERIKAN.

AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizat Kaiat menyifatkan peristiwa Memali adalah peristiwa yang masih gagal disabitkan sebagai aktiviti pengganas yang melibatkan Almarhum Ust Ibrahim Libya sebagai pemimpin masyarakat di situ.

"Bahkan sejarawan dan pengamal politik di Malaysia sendiri sebahagiannya menyatakan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa melalui arahan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri sebagai memiliki agenda tersembunyi," katanya.

Bahkan katanya, fakta sejarah sendiri telah menyaksikan bahawa status Almarhum Ibrahim Libya dan beberapa rakannya yang ditembak sebagai syahid dan turut disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak ketika itu.

Justeru, tegas Suhaizan untuk meletakkan kedudukan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas di Malaysia oleh UMNO dalah tidak bertanggungawab dan biadap sama sekali khususnya kepada ahli keluarga dan kebanyakan rakyat yang mengenali Almarhum.

"Bahkan, kes Memali yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah tapi masih gagal diputuskan kedudukannya sehingga ke hari ini," katanya.

MANAKALA DALAM KEKECOHAN ITU MAHATHIR DENGAN SELAMBA TELAH MELUPAKAN PERISTIWA ITU DAN MENAFIKAN DENGAN KEDERAT BODOHNYA YANG SEKADAR MASIH MENGHARAPKAN PENGARUHNYA SAHAJA. FATWA MAHATHIR TETAP LEBIH BERKESAN DALAM KALANGAN MACAI DAN PENYOKONG TEGARNYA. MAHATHIR MENAFIKAN BAHAWA BELIAU TERLIBAT DENGAN PERISTIWA ITU...

====================================================


Memali: Antara Musa dan Dr Mahathir, hanya seorang cakap benar, kata Ku Li

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata salah seorang antara Tun Musa Hitam atau Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap benar dalam insiden Memali.

Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik insiden berdarah tersebut walaupun ketika itu berada dalam Kabinet.

"Saya menteri Kabinet tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku dan hanya membaca mengenainya dalam akhbar.

"Salah seorang antara mereka berdua bercakap benar," katanya ketika ditemui selepas melancarkan buku "Malaysia Kaya Rakyat Miskin" tulisan Anas Alam Faizli di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, semalam.

Tengku Razaleigh adalah menteri kewangan ketika peristiwa Memali berlaku.

Beliau yang lebih mesra dengan gelaran Ku Li berkata, beliau tidak mahu campur tangan dalam kontroversi tersebut memandangkan tidak mengetahui fakta sebenar insiden itu.

"Ia berlaku bertahun-tahun lalu, saya tidak mahu terlibat tanpa mngetahui fakta sebenar," katanya.

Mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Tengku Razaleigh berkata, ia terpulang kepada kerajaan.

Selepas 29 tahun peristiwa Memali berlaku, Musa mendedahkan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya di China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru minggu lalu.

Turut serta dalam majlis itu sebagai panel adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Dr Mahathir ketika mengulas pendedahan itu bagaimanapun tidak menafikannya tetapi berkata akan menyemak semula bagi memastikan kesahihan tuduhan Musa itu.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir.

Peristiwa berdarah Memali mengorbankan Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya serta empat polis yang bertugas dalam operasi tersebut.



PAKDOE ALLAN

2 comments:

Unknown berkata...

Malahan darah assyahid kekal basah di atas surau itu walaupun kjadian smggu blaku

pakdoe berkata...

Allahuakbar...

Next Previous Home
hostgator coupon code