Khamis, 3 April 2014

GAMBAR WANITA CHINA YANG DICULIK DI SABAH DIDEDAHKAN...HOT NEWS*


Kes Culik Di Semporna: Mangsa Diterima Masuk Program MBA - Bapa

[mstar]- Bapa kepada pelancong warga China yang diculik di sebuah resort di Semporna, Sabah menghubungi Stesen Radio 'Shanghai People' bagi merayu mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk menyelamatkan anaknya.

Beliau berkata, anak perempuannya, Gao Huayun, 29, bekerja di sebuah firma Jepun dan memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya.

Beliau pada Rabu menerima surat daripada sebuah universiti di Britain bagi memaklumkan bahawa anak perempuannya diterima masuk menyertai program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Beliau berkata, Gao berkunjung ke Malaysia bersama rakan-rakan sekuliahnya.

Gao dilaporkan diculik pada kira-kira pukul 10.30 malam Rabu apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke Singamata Reef Resort.

Mereka turut menculik seorang kakitangan resort warga Filipina.

Menurut stesen radio itu, seorang wanita bernama Xu membuat laporan polis di balai polis daerah Yangpu di Shanghai dengan mendakwa bahawa anak perempuannya diculik di Malaysia.


Kes Culik Di Semporna: Kumpulan Lelaki Bersenjata Dapat 'Bantuan Dalaman' - Pesuruhjaya Polis Sabah

[mstar]- Polis percaya bahawa kumpulan yang menculik untuk mendapatkan wang tebusan, yang berpangkalan di selatan Filipina bertanggungjawab terhadap penculikan dua wanita, seorang pelancong warga China dan seorang pekerja resort warga Filipina di Semporna.

Polis turut mengesyaki bahawa tujuh lelaki bersenjata itu mendapat "bantuan dalaman'' untuk memasuki resort itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Khamis.

Beliau menambah, "sesiapa yang ingin memasuki kawasan resort itu perlu dibawa atau dibenarkan masuk oleh kakitangan Singamata Reef Resort.

Hamza berkata, pihaknya mengenal pasti kumpulan-kumpulan tertentu dalam usaha mereka untuk mengesan lelaki bersenjata dengan harapan bagi menyelamatkan dua wanita yang diculik.

"Ia kelihatan seperti kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang merupakan dalang kepada insiden ini.

"Kumpulan ini menculik mangsa dan kemudian menjualnya kepada kumpulan-kumpulan lain,'' kata beliau sambil menambah bahawa mereka telah merekodkan kenyataan 49 pekerja resort dan 61 pelancong (59 warga China, seorang warga Iran dan seorang rakyat Malaysia) dalam siasatan mereka.

"Tiada tangkapan yang dilakukan," kata beliau sambil menambah bahawa mereka hanya mencari orang-orang yang boleh membantu dalam siasatan mereka.


Sekumpulan Polis Nasional Filipina membuat pemeriksaan keselamatan di Kampung Indanan, wilayah Sulu di Selatan Filipina. Foto EPA

Kes Culik Di Semporna: Polis Filipina Gerakkan Operasi Selepas Rakyatnya Diculik

[mstar]- Operatif anti-penculikan dan unit maritim Polis Nasional Filipina diaktigkan berikutan kes penculikan membabitkan salah seorang rakyatnya di Singamata Resort berhampiran Semporna pada malam Rabu.

Kedutaan Filipina di sini, dalam satu kenyataan, mengesahkan bahawa penculikan wanita warganegaranya dipercayai berusia 40 tahun yang bekerja di kawasan itu, pada kira-kira pukul 10.30 malam Rabu.

"Atase polis Kedutaan dengan segera memerintahkan polis Filipina di kawasan berhampiran bagi kemungkinan penangkapan, sekiranya penjenayah dan mangsa dikesan dalam perjalanan mereka.

"Pihak berkuasa Filipina, terutamanya operatif anti-penculikan dan unit maritim Polis Nasional Filipina, secara aktif dan bekerjasama rapat dengan pihak di Malaysia untuk bertukar-tukar maklumat dan bertungkus-lumus dalam menyelesaikan kes tersebut dengan segera," kata kedutaan itu.

Penculikan itu yang hanya dua hari ulang tahun pertama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menyaksikan enam lelaki bersenjata menculik warga China berusia 29 tahun, Gao Hua Yun dari Shanghai, bersama dengan pekerja warga Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi di Singamata Reef Resort di Semporna.

Pasukan keselamatan Malaysia meletakkan langkah berjaga-jaga sepenuhnya di sepanjang sempadan laut dengan selatan Filipina.

Polis Sabah masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai kejadian itu tetapi Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek mengesahkan penculikan itu.




PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code