Jumaat, 23 Ogos 2013

KAH KAH KAH SUSPEK PEMBUNUH ALTANTUYA BEBAS...MEMANG ALTANTUYA BUNUH DIRI....!!!!


PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan dua bekas anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri dan Sirul Azhar Omar dari sabitan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu 7 tahun yang lalu.

Keputusan berkenaan diputuskan tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, bersama dua lagi hakim Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Keputusan perhakiman itu dibacakan oleh Tengku Maimun yang menyatakan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.

Katanya, hakim perbicaraan juga telah tersalah arah dirinya dengan gagal mempertimbangkan diari stesen dan gagal membuat dapatan sama ada pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Azilah, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes ini, berada di tempat kejadian jenayah.

Sejurus mendengar keputusan itu, kedua-dua mereka dilihat lega dengan meraup muka penuh kesyukuran.

Dengan keputusan itu, pihak pendakwa mempunyai peluang untuk merayu di Makhamah Persekutuan.

Sementara itu peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Azilah ketika ditemui media memberitahu pihaknya berpuas hati dengan keputusan hakim.

Beliau menjelaskan, hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini tidak mengambil kira tiga faktor utama yang dibangkitkan pihaknya semasa perbicaraan.

Antaranya tidak memanggil Deputi Supritendan Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, sebelum ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang.

Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia itu pula dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas pendakwaan gagal membukti kes prima facie terhadapnya.

Azilah dan Sirul masing-masing akan dibawa pulang ke penjara Kajang dan Tapah untuk menjalani beberapa proses sebelum dilepas dan dibebaskan.

P/S: Kata MSO....sejarah megkagetkan ini berlaku di zaman Najib Razak menjadi perdana menteri....PELIK BIN AJAIB....!!!

KAH KAH KAH...skrip sama mula dibaca semula...

PAKDOE ALLAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan