Ahad, 23 Jun 2013

BENARKAH HIMPUNAN BLACKOUT 505 MEMBANTAH KEPUTUSAN PRU13 MEMBERI KESAN KEPADA UMNO DAN KOMPONENNYA?

SESUNGGUHNYA ramai rakyat Malaysia berasa sangat teruja dengan perhimpunan yang sangat berjaya sehingga mampu mengumpulkan begitu ramai manusia pada suatu tempat dan pada satu masa. Tujuannya amat jelas iaitu membantah keputusan PRU yang lalu. Dari satu sudut memang kita nampak betapa rata-rata yang hadir adalah manusia yang kecewa kerana kalah dalam perjuangan. Jika keadaan ini berterusan sudah tentu mencerminkan kepincangan sistem politik negara.

"Tsunami" yang berlaku amat besar sekali dan menjadi sejarah ulung di Malaysia kerana tiada satu pun dalam pilihan raya sebelum ini pembangkang dapat menawan hingga 89 kerusi parlimen. Akibat 'syok' dengan kemenangan yang besar ini telah membawa satu tuntutan dan perhimpunan yang sangat masif kerana meragui ketelusan SPR. Perhimpunan ini ekoran dari pandangan satu pihak yang ditakrifkan sebagai 'tewas'.
Perasaan negatif ini dilontarkan melalui perhimpunan kerana terdapat banyak bukti penipuan yang ditemui dan tersebar diruang siber dalam PRU yang lalu.

Dimensi lain yang cukup membuat semua orang faham adalah apabila kita menjadi pemenang. Gelombang yang dikira hebat ini bukan saja melihat kepada betapa keinginan UMNO untuk merampas Selangor, Kelantan dan P.Pinang yang berkobar-kobar, paling sedih totali mereka gagal segagal-gagalnya, sebaliknya Kedah, Perak dan Terengganu juga gagal ditawan pembangkang. Dalam dua bentuk kegagalan ini sama ada merampas atau dirampas, banyak yang terlupa bahawa gelombang yang dikatakan hebat masih belum mampu mengikis kekuatan UMNO-BN seluruhnya. Ini yang sangat dilupakan oleh orang yang kalah.

Meski perhimpunan pada hari ini dibangkitkan rentetan kepanasan mod rakyat yang berterusan dan masih panas membara lantaran keputusan PRU lalu masih segar dalam ingatan. Kekalahan pembangkang yang ditakrifkan berdasarkan kegagalan SPR dengan dakwat yang tidak kekal, apatah lagi banyak bukti yang tidak terjawab SPR melainkan dengan mengelak dan memuji diri sendiri serta memberi alasan budak sekolah sahaja tidak mampu mengekang kepercayaan rakyat terhadap sistem yag dijalankan SPR.

Sejak awal lagi UMNO telah menggunakan berbagai senjata yang ada termasuk menggunakan SPR, KP-Ketua Polis Negara, TKP-Timbalan Ketua Polis Negara, sementelah Menteri Dalam Negeri yang dipegang Melayu UMNO. Mereka dengan angkuh dan sombong pula cuba mengugut untuk menangkap dan mendakwa sesiapa yang terlibat dalam insiden perhimpunan tersebut atas berbagai kesalahan. Mereka menjerit laksana halilintar membelah Bukit Setongkol. Rupa-rupanya bertongkol-tongkol pula yang keluar dari seluar mereka. Bahkan dengan bengis mereka melaungkan amaran di segenap ruang media yang ada, hinggakan segala jenis haiwan pun boleh mendengarnya termasuk tentera semut dan harimau tua di hutan.

Amaran keras ini bertubi-tubi didendangkan serentak dengan propaganda yang dasyat konon inilah 'Malaysia Spring'. Rakyat Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah negara akan gulingkan kerajaan dengan berbagai senjata yang ada termasuk peluru hidup seorang 2 biji dan bom petrol sebagaimana yang dilakukan terhadap ceramah UMNO di Nibong Tebal, Pulau Pinang hingga mengorbankan seorang mangsa yang sedang kencing berdiri. Kah kah kah...

Demi mengekang perhimpunan tersebut. Agenda pihak sebelah sana sungguhnya juga giat dilakukan. Setiap kali menteri yang muncul di kaca tv, maka setiap kali itu jugalah apa yang keluar daripada mulutnya semburan dan hamburan yang tidak lain ditujukan khusus kepada pembangkang, sehingga bangunan UMNO tumbang sekalipun mereka sanggup gali kitab sejarah ajaran sami besar mereka untuk dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Peliknya sami besar mereka tidak kena (maksum). Hebat sungguh mereka ni.

Persoalan di sebalik matlamat perhimpunan ini sedikit sebanyak terjawab dengan penahanan Husam atas dakwaan menghasut rakyat dengan tawaran fi sabilillah. Twaran yang dianggap sebagai satu kesesatan dan menyalahi perundangan Lord Reid. Jihad dan syahid adalah entiti yang menjadi alasan kukuh penahanan ini. Manakala Syiah yang nyata sesat. Imamnya dan rumah ibadahnya bebas tersergam di merata tempat, tanpa ada tindakan yang diambil. Kahwin mut'ah yang melibatkan gadis bawah umur dan bersekedudukan tanpa surat yang rasmi dari majlis agama Islam bagi kaum Syiah selalunya bebas bahkan tidak pernah tertangkap oleh pihak yang berwajib. Padahal sebelum ini Menteri Hal Ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini mengakui Syiah berleluasa di Malaysia. Tapi kenapa mereka ini bebas berzina?

Sebaliknya tawaran mati syahid andainya polis menentang perhimpunan itu adalah satu kesalahan yang sangat besar dan memudaratkan. Hakikatnya, tiada seorang pun yang gugur pada hari ini sebagai syahid. Kenapa demikian? Kerana niat hakikinya mereka bukan untuk berperang. Tiada niat untuk berperang sedikit pun. Bahkan perhimpunan hari ini juga bersurai dengan aman. Mengapa begitu? Kerana tiada provokasi di pihak lawan. Inilah sifirnya. Sebaliknya jika berlaku sebarang insiden kematian pada hari ini sudah tentu Husam bakal berdepan masalah yang sangat besar.

Percaturan UMNO silap kerana mendakwa perhimpunan ini sebagai medan tempur untuk menakluk negara tidak menjadi. Silap kerana UMNO tidak merancang seperti Silent Riot di Sabah untuk menjerat Husam ke lembah yang amat dasyat.

Namun apakah perhimpunan ini mampu memberi kesan kepada UMNO BN seluruhnya, setelah segalanya telah dimandatkan oleh YDP Agong?

Jawapannya terpulang kepada diri masing-masing. Kebangkitan rakyat menentang keputusan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR. Jawapannya mereka amat mudah, iaitu kembalikan segala tuntutan ke landasan perundangan yang betul. Tiga tuntutan tersebut ialah:

1. Seluruh anggota SPR sekarang meletak jawatan.
2. Adakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen yang diragui.
3. Menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui oleh semua pihak mengikut konsesus rakyat.

Kemuncak tuntutan yang dilakukan secara perhimpunan besar sebegini hakikatnya tidak menggoyahkan UMNO BN sedikit pun. Najib tetap utuh di persada jawatannya. UMNO dan gengnya kian galak menentang sebarang bentuk provokasi yang dilakukan terhadapnya dengan berbagai kaedah yang dimiliki oleh pembangkang sama ada media arus perdana, ruang siber dan sebagainya dengan kuasa politik yang dimiliki.

Persoalannya, kuasa rakyat yang besar 51% berbanding milik UMNO BN 48% masih tidak diakui, UMNO dakwa kerusi Melayu yang dipegangnya sangat besar berbanding pembangkang iaitu 78 kerusi setelah bertanding di 117 kerusi dari 222 kerusi parlimen. Nah inilah kuncinya yang menunjukkan bahawa UMNO masih terlalu rasis.

Apatah lagi pada hari ini dengan tegas timbalan SPR menegaskan bahawa mereka tidak sesekali berganjak dari pendirian mereka, apatah lagi menunaikan hajat supaya berundur. Kenyataan itu selari dengan periuk nasi mereka. Jika berundur, apa mereka nak makan? Gaji dan pencen semuanya hangus. Sekali gus menjelaskan bahawa tuntutan yang dibuat secara perhimpunan seolah sia-sia dan menindas golongan SPR.

Inilah kesan yang jelas, apa yang peserta dapat? Ibarat puasa yang tidak berpahala, sekadar mendapat letih dan dahaga saja. Inilah dakwaan sebahagian besar parti kerajaan. Satu hal yang mereka sangat lupa ialah pengorbanan dan semangat dalam perhimpunan ini makrifatnya sangat besar. Ianya adalah satu titik permulaan yang sangat mengerikan bagi UMNO dan kaumnya. Permulaan bagi kejatuhannya. Ini yang selalu UMNO LUPA....

PAKDOE ALLAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan