Jumaat, 19 April 2013

PELAKON FILEM SEKS YANG MELAKONKAN WATAK ANWAR IBRAHIM DITAHAN!!!!

HEBOH berita ini diperkatakan di ruang maya setelah pencarian Ibrahim Ali hingga ke langit kuning tidak pernah berjumpa dengan watak yang mirip Anwar Ibrahim. Sebaliknya Ibrahim Ali terus menuduh bahawa DSAI adalah pelaku dalam video seks yang didedahkan oleh Datuk T suatu masa dahulu.

Eskay yang mendapat durian runtuh hasil pampasan dari jambatan bengkok yang dibatalkan oleh Abdullah Badawi baru-baru ini, semakin galak menyebar fitnah. Sanggup melakukan sumpah laknat dan berbagai aktiviti tayangan filem seks di tempat awam untuk memberi jaminan bahawa wang yang berjumlah RM20 juta tidak terlepas begitu sahaja.

Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang terlibat menerbitkan video fitnah lucah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, kira-kira sejam tadi.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan sebentar tadi, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard lagi, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di Madrasah An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.



Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.

Beliau dikatakan akan mendedahan status video berkenaan selepas Solat Isyak malam ini.

Wakil Calon Parlimen Permatang Pauh, Zainol Saad berkata, tuduhan yang dilemparkan selama ini akan tamat setelah pelakunya sendiri tampil mengakui.

"Umno dan BN sekali lagi akan terperangkap dalam isu ini. Orang kampung tidak akan mempercayai lagi ekoran pendedahan itu nanti," jelasnya.

Akhirnya kata beliau, semua terjawab satu persatu kes Anwar maka masyarakat mesti memahami bahawa itu semua adalah permainan kotor dan menjijikan semata-mata untuk menjatuhkan maruah kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kami sedang mengikuti perkembangan terkini berhubung tangkapan tersebut.

Berita sebelum ini menjelaskan bahawa satu ceramah pendedahan akan berlangsung di Permatang Pauh sebagaimana di bawah:

PERMATANG PAUH: Ceramah Eksklusif 'Bongkar' melibatkan pelakun utama video lucah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terjawab malam ini apabila klon Anwar dari Thailand dikatakan akan tampil malam ini.

Beliau dikatakan akan mendedahan status video berkenaan di Perkarangan An Nadhoh, Penanti selepas Solat Insya malam ini.

Wakil Calon Parlimen Permatang Pauh, Zainol Saad berkata, tuduhan yang dilemparkan selama ini akan tamat setelah pelakunya sendiri tampil mengakui.

"Umno dan BN sekali lagi akan terperangkap dalam isu ini. Orang kampung tidak akan mempercayai lagi ekoran pendedahan itu nanti," jelasnya.

Akhirnya kata beliau, semua terjawab satu persatu kes Anwar maka masyarakat mesti memahami bahawa itu semua adalah permainan kotor dan menjijikan semata-mata untuk menjatuhkan maruah kepimpinan Pakatan Rakyat.



PAKDOE ALLAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan