BAGI orang yang 'reti' menilai, zaman orang lama seperti Mahathir sudah berkubur dengan cita-cita politiknya. Sudah lama. Generasi kini penuh dengan fesyen dan gaya baru, bukan gaya A. Mahmud dan zaman penyanyi rock pakai subang lagi. Ini hakikat yang mesti semua orang sedar. Dunia sudah berubah, zaman DOS, disket sudah berakhir. Kini muncul zaman iOS dan Android pula. Mungkin akan berubah lebih maju lagi.
Ayat-ayat maki-hamun, tuduh-menuduh dan benci-membenci sudah tidak 'ngam' dengan politik zaman ini, apatah lagi unsur kelucahan yang menyerang peribadi pemimpin sangat dibeni dan meluat bagi rata-rata yang berpendidikan. Boleh baca tulis.
Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang calon PAS Datuk Husam Musa bertubi-tubi di ceramahnya semalam memberi petunjuk bahawa Putrajaya dalam bahaya buat BN.
“Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali,” kata Dr Mahathir ketika berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan Putrajaya.
Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata;
“Balik betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali,minyak kelapa dah pandai baru bercita-cita jadi PM.
“Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan, Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya,” kata Mahathir.
Mahathir terlupa, jikalau bukan kerajaan pusat menyekat duit royalti pada Kelantan, sudah pasti Kelantan hari ini jauh terkehadapan berbanding mana-mana negeri BN.
Persoalan yang terpenting yang perlu dibaca daripada cacian Mahathir ialah; jika Putrajaya kubu kuat Umno BN, mengapa ada terlintas di fikiran Mahathir bahawa Putrajaya akan jatuh kepada “orang yang tak sepatutnya.”
Pertanding di P125-Putrajaya ini adalah antara Husam dan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Kedua-duanya bukan berasal daripada Putrajaya. Tengku Adnan berasal daripada Melaka.
Kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Jadi apa kriteria “orang yang tak sepatutnya” bagi Mahathir.
Mahathir juga sering beranggapan Putrajaya adalah jantungnya. Bayangkan di umur 87, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa jantungnya akan jatuh ke tangan PAS enam hari lagi. Inilah yang menyebabkan kecelaruan serta berbagai tindakan di luar jangka yang dilakukan Mahathir. Beliau masih merasakan bahawa dirinyalah yang berkuasa dan paling berpengaruh di Malaysia, dengan menggunakan heli milik kerajaan untuk berkempen ke sana-sini. Lupakah Mahathir bahawa beliau setiap detik diperhatikan oleh rakyat marhaen yang tahu baca tulis. Melainkan yang pekak badak saja yang masih buta-rengga.
satu sumber Umno berkata:
“Saya di program Mahathir. Kemudian saya mengikuti ceramah Husam selepas balik ke rumah di ustream. Nampaknya Mahathir tersilap langkah lagi. Husam menjual idea, gambaran masa depan yang lebih baik, Mahathir masih menjual nilai kebencian dan mencaci pada Husam. Orang muda dah tak suka benda itu,” kata sumber Umno itu lagi.
Tapi, bagi beliau, taktik Mahathir dan BN memang sudah dijangka.
“Selain mencaci dan lucah, apa lagi yang BN mampu main? Manifesto hancur. Janji Ditepati hancur. BR1M sudah tak berkesan. Yang tinggal hanya populariti Najib, itupun sudah dipintas Anwar. 6 hari terakhir ini, BN bakal 'mengganas' seperti orang yang hampir lemas, PR kena bersedia,” nasihat beliau.
Mahathir dan pengikutnya masih menghasut para penyokongnya dengan nilai perkauman yang tinggi, beliau memang hebat dalam bab ini, dalam Pakatan Rakyat Mahathir masih menggunakan DAP sebagai musuh kepada orang Melayu, mengugut rakyat agar menolak DAP. Inilah manifesto yang utama UMNO.
Selepas Mahathir, kata sumber Umno itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun padang menyelamatkan Putrajaya. Husam, katanya, harus berdepan dengan serangan Najib pula.
“Saya dengar mereka sedang merancang satu drama untuk mendapatkan undi simpati pada Najib pada saat-saat akhir kempen. PR kena bersedia dengan segala kemungkinan,” nasihat beliau lagi, sambil menasihatkan pembaca untuk membaca semula insiden yang melanda bekas Presiden Taiwan Chen Shui Bian di 2004 sehari sebelum pilihanraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan