(Gambar-gambar yang disiarkan dalam laman sosial)
Sebab itu pembangkang mesti diajak bincang dalam isu ini. Patutlah UMNO menolak sidang tergempar sebelum ini sebab dalangnya adalah orang UMNO sendiri. Lagipun, mengapa sampai 23 hari berunding dengan pengganas? Rupanya ada udang di balik batu...
KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya orang yang paling dikehendaki polis kini kerana dipercayai terlibat dengan gerakan teroris Sulu yang menceroboh Lahad Datu dikatakan pernah kelihatan bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak dalam satu program berkaitan dengan Palestin.
(Bersama Tengku Adnan, Setiausaha Agung Umno)
Menurut gambar-gambar yang disiarkan oleh beberapa blog, 'Datuk Seri' berkenaan bukan saja bersama Najib bahkan juga bersama lain-lain pemimpin Umno.
Antaranya Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.
Semalam media melaporkan, polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
(Bersama Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno)
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.
"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.
Sebelum ini, para pencacai Umno dan pemimpinnya mendakwa Datuk Seri Anwar yang terlibat dalam membawa masuk pengganas Sulu.
Anwar pula dalam ceramahnya yakin kenyataan seorang tertuduh dalam kes ini bahawa ada orang mengupah beliau sebagai usaha untuk mengaitkan beliau.
P/S: MAKA TIDAK HAIRANLAH NANTI BILA DEKAT PRU 13, ANWAR IBRAHIM AKAN DITANGKAP KERANA MANUSIA YANG YANG DIKEHENDAKI INI AMAT RAPAT DENGAN KEPIMPINAN UMNO. ORANG YANG DIKEHENDAKI INI AKAN BERKATA BAHAWA DIA DIUPAH OLEH ANWAR IBRAHIM...HABIS CERITA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan