Sabtu, 23 Mac 2013

RAKYAT MESTI BUAT LAPORAN POLIS BERKAITAN ISU PENIPUAN SPR...PAPAGOMO SEKEJAP ADA, SEKEJAP TAK ADA....!!!


WAN MUHD AZRI atau Papagomo pada pagi ini telah bergegas membuat panggilan kepada orang yang melindunginya iaitu s/usaha sulit Najib Razak agar namanya dalam daftar pemilih yang bertindih itu dipadamkan segera. Patutler dia tak update blognya pagi tadi kerana ada komitmen lain.

SPR yang telah menerima panggilan misteri itu telah memberi arahan kepada pengerusinya agar bertindak untuk menyemak status Papagomo dan akhirnya telah memberi arahan untuk membersihkan nama UMNO. Iaitu SPR telah memadamkan nama yang bertindih tersebut. Pendekatan yang diambil ini telah amat jelas menunjukkan yang SPR adalah bertanggungjawab dalam menggubal senarai pemilih yang palsu.

SPR adalah badan yang bertindak bagi memenangkan UMNO, pilihan raya di negara ini adalah berbentuk 'kuku besi' dan bukan demokrasi. Peristiwa yang terbaru ini telah membongkarkan rahsia yang diamalkan oleh SPR dalam menentukan kemenangan UMNO BARISAN NASIONAL,





PAKDOE ALLAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan