MALANG SERIBU KALI MALANG...bila geng UMNO yang senyap menentang kerakusan Chua Soi Lek memperkosa agama Islam dengan isu hudud. Jika MP DAP baca hadis dan melawat masjid bising gerpmbolan UMNO menengking dan membaling objek ke arah PR. Sebaliknya bila MCA baling tahi ke dalam masjid dan letakkan kepala babi kat masjid....UMNO terus terkongkong dan menuding jari mengatakan itu semua adalah kerja DAP.
Lebih malang lagi ialah bila Ibrahim Ali (PERKASA), Hasan Ali (JATI), Mashitah Ibrahim, Fathul Bari para mufti UMNO, ulama UMNO Abdullah Sa'amah, Majlis Raja-Raja, Majlis agama Islam JAIS, tidak berminat dengan isu ini dan menganggap ianya sebagai satu ingatan murni orang kafir terhadap agama Islam yang kejam dan tidak adil.
Jika Nasharuddin Mat Isa mendesak PAS agar meninggalkan PR kerana halangan DAP, tapi bagaimana pula dengan isu MCA ini? Apakah Nasharuddin juga masih berminat dengan penggabungan UMNO dalam MCA? Mana hilangnya taring Nasha yang amat gah sebelum ini menggesa UMNO bergabung demi Melayu UMNO tapi UMNO masih ingin bergabung dengan MCA yang jelas menjadi halangan besar juga untuk PAS melaksanakan hudud.
Nasharuddin harus muhasabah diri selaku ustaz yang didakwa sebagai ulama oleh UMNO dan PAS sendiri, akhirnya di mana letaknya Islam pada PAS jika UMNO masih bersekongkol dengan MCA? Tak lebih PAS hanya menjadi budak suruhan UMNO dan MCA pula.
Begitu juga dengan eranan media arus perdana seolah tiada apa yang berlaku dan tidak sedikit pun menyebarkan berita penghinaan Chua Soi Lek ini. Mana temu ramah wartawan Tv3 dengan Abdullah Sa'amah yang lantang mengeluarkan fatwa dulu? Mana temu ramah wartawan dengan Nasharuddin Mat Isa dalam soal ini...begitu juga dengan wakil Islamik UMNO yang lain...mana mereka hilang.
Akhirnya PAS sekali lagi membasuh penghinaan Islam oleh MCA setelah UMNO ternyata takut menghadapinya. UMNO selamanya dayus dalam soal ini.
Pemuda PAS hari ini memutuskan akan menganjurkan himpunan aman dan serahan memorandum bagi membantah kebiadapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam pada hari Rabu, esok.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ia akan diadakan jam 2.30 petang di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumput.
Himpunan ini diadakan ekoran kebiadaban Dr Chua Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.
Terbaru, Chua berkata, negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.
Ekoran itu, pelbagai pertubuhan khasnya PAS telah membantah kenyataan ini kerana ia bukan lagi menyerang PAS atau DAP yang menjadi musuh politiknya, tetapi menyerang Islam selaku agama rasmi negara ini.
Turut membuat bantahan terhadap kenyataan Chua adalah Abim, Ikram dan pelbagai pertubuhan Islam lagi.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, selama ini pemimpin Umno yang paling banyak menghina Islam.
"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.
Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.
"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.
"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.
Mana perginya ulama UMNO dan ulama PAS yang ala UMNO? Ini persoalannya??? Jika Khairy Ja,aluddin dengan lantang menentang tayangan filem yang menghina nabi Muhammad tapi sebenarnya menghentam DAP...tapi bagaimana dengan kenyataan Chua Soi Lek yang terang lagi jelas menentang Islam???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan