Isnin, 29 Oktober 2012

HUDUD UMNO TIDAK DITUNJUKKAN TAPI KONON HUDUD PAS PULA DITINJUKAN

PENDEDAHAN yang terserlah terhadap perjuangan UMNO cuma satu iaitu bersekongkol dengan MCA menentang hudud. Jika enakmen hudud yang dibuat PAS menjadi bahan tertawa UMNO, tapi mana pula enakmen hudud oleh UMNO yang dikatakan lebih benar? UMNO hanya bermain sentimen perkauman dan agama dalam soal ini. UMNO perjuangkan Melayu, sedangkan Melayu itu adalah Islam dalam takrifan perlembagaan...manakala Islam pula adalah lebih hebat berbanding Melayu. Jadi mana pegangan UMNO dalam soal agama?

UMNO selalu meninju hudud PAS dan perlekehkannya, bukan sama-sama ingin membetulkannya. Sebaliknya pada masa yang sama UMNO tidak pula menunjukkan enakmen hududnya, bahkan menyokong sebarang bentuk penghinaan presiden MCA dan ketua pemudanya baru-baru ini. UMNO lebih sanggup menghentam PAS demi hudud dan menyokong kafir demi tidak melaksanakan hudud. Inilah prinsip UMNO.

Persoalannya, apakah benar bahawa orang Melayu UMNO kebanyakannya tidak mahu laksanakan hudud dan lebih mengutamakan hal berkaitan keduniaan semata-mata? Mereka lebih utamakan kemajuan dunia dari kemajuan rohani dan martabatkan Islam di mata dunia.

UMNO lebih rela membela puak-puak kafir yang menganggotai partinya demi mengekalkan kuasa dari membela agama Islam.

-bersambung

PAKDOE ALLAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan