Sabtu, 1 September 2012

BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT DISIMBAH CAT DAN DIPECAH CERMIN...VIDEO!!!



P/S INILAH KORJE-KORJE PUAK YANG TIDAK BERTAMADDUN, SIAPA LAGI KALO BUKAN GENG SETAN YANG DIKENALI...NAMUN PELIK, SERIBU KALI PELIK SETAN YANG DIKENALI INI TIDAK PULA DIKENALI OLEH POLIS...MAKLUMLAH JENAYAH DAH TAK ADA SEBAB SETAN JADI RAJA...!!!

KALO BENAR BERANI MENGAPA NAK MARAH...NAK BUAT SIRI JELAJAH MACAM NI JUGA TAKUT ORANG KATA MENIRU...LAST SEKALI BUAT ROSAK BARANG ORANG...INILAH KERJA SETAN...GUA RASA POLIS JUGA TAHU KERJA SIAPA, TAPI TAK BERANI NAK AMBIK TINDAKAN SEBAB TAKUT TERGUGAT PERIUK NASI...INILAH, MASALAHNYA...



Tak sampai 24 jam selepas bas khas yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memulakan siri menjelajah lima negeri, bas tersebut telah disimbah cat merah dan dibaling batu!

Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mesej di Twitter menyatakan:

@anwaribrahim Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela

Bas tersebut yang diletakkan berhadapan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu telah mengalam kerosakkan di bahagian cermin depan akibat dipecahkan menggunakan batu dan disimbah cat merah seolah-olah along meminta wang hutang dari peminjam.

Anwar yang kesal dengan perkara itu mengarahkan pemandunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu sejurus selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi adalah siri kedua serangan ke atas Anwar dan pasukan rombongannya setelah kereta yang dinaiki Anwar dikemekkan di bahagian pintu dan belakang dalam kejadian hampir serupa di Padang Perdana, beberapa bulan lalu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan mengadakan satu sidang media khas di ibu pejabat parti di Tropicana jam 11 pagi yang akan dikendalikan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli.

Manakala satu sidang media yang sama akan diadakan di Kota Bharu pada waktu yang sama menurut Saifuddin dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi.

Rafizi ketika mengulas kejadian itu di Twitter menyatakan kerabat media dijemput hadir dalam sidang media tersebut dan beliau akan memperincikan serangan yang didakwa dilakukan puak Umno-APCO yang mahu menggagalkan siri jelajah tersebut yang bermula di Bentong, Pahang semalam.

Bas dua tingkat yang dibiayai sepenuhnya oleh Khalid mempunyai 19 tempat duduk dan dilengkapi dengan kemudahan wifi serta tempat mesyuarat selain boleh dijadikan pentas ceramah pelbagai guna yang disiapkan dalam tempoh 15 minit.

Polis Kota Bharu mengesahkan satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan kejadian berkanaan masih dijalankan.

Dalam satu mesej terbaru Anwar di Twitter juga menjelaskan bahawa insiden tersebut tidak harus mengganggu jadual acara jelajah yang tetap akan diteruskan hari ini melalui Kuala Krai dan Jeli sebelum dijangka tiba di Kedah.

@anwaribrahim Selesai solat dan zikir di Salor; kini ke kediaman TGNikAAziz-minum pagi; Azizah dan D Sabariah. Serangan samseng tdk hrs ganggu acara.

Setakat perkembangan jam 7 pagi tadi, belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas insiden yang memalukan dan tidak bermoral tersebut. -jalan pulang

Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang

Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut kemaskini Twitter oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.

Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM




PAKDOE ALLAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan