▼
Rabu, 15 Ogos 2012
UMNO CUCUK JARUM DI BONTOT NASARUDDIN DAN HASAN ALI ...BERTEMPIK AUWWW SAKIT KAU!!!
NAMPAKNYA sahlah Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali menjadi tali barut dan lembu tunggangan kepada UMNO. Hasan sudah dipecat dari PAS. Nasaruddin bila lagi? Inilah persoalan yang belum terjawab oleh pucuk pimpinan PAS yang agak 'slow' memberi respon terhadap kecurangan Nasa ini. Muka yang mudah tersinggung dan merajuk kerana tidak terpilih dalam mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS telah mencampakkan Nasa ke lembah yang hina.
Kini Nasa telah menjadi kambing yang cerdik (bagi dirinya), tapi masih takut mandi. Inilah rupa sebenar jalur riak yang ada dalam barisan pimpinan PAS. Tapi bukan semuanya demikian. Bukan. Masih ramai yang baik dan 'nampak baik'. Benarlah apa dakwaan yang pernah gua lemparkan di ruangan ini satu masa dulu. Mengapa UMNO Kelantan gagal menawan Kelantan? Jawapan yang sangat mudah. Sebab UMNO bodoh.
Sekat segala pembangunan, royalti minyak, bantuan prasarana, pembangunan yang ikhlas. Semuanya disekat. Coba kalo kiranya segalanya dilepaskan. Apa yang kerajaan PAS nak kerajaan pusat luluskan, lepaskan. Tengok!!! Tengok!!! Akan muncullah musibat seperti yang terjadi dalam PAS ini. Berebut gogen-gogen. Akan muncullah watak yang berebut jawatan. Ini baru jawatan timbalan presiden parti. Belum lagi jadi menteri. Sudah berkucar wokyoh dan merajuk. Ini bagi yang berjawatan tinggi dalam parti. Nasaruddin adalah bekas timbalan presiden parti. Belum lagi kerabat YB yang ketuh-keteh di bawah. Akan ada yang berebut projek, kontrak, kroni, rasuah dan sebagainya. Mungkinkah PAS akan menerima nasib yang sama sebagaimana yang berlaku dalam UMNO. Akhirnya akan membawa kemusnahan kepada PAS sendiri.
Kalo bekas timbalan presiden parti sanggup bertalam tiga segi akibat ditolak ahli kerana gagal mentarbiyahkan majlis untuk bersatu dengan UMNO. Sanggup mengambil pendekatan 'berpaling tadah' dan 'berpatah arang berkerat rotan'. Tampil di pentas musuh demi memberi gambaran betapa dianya seorang yang hebat dan masih diterima orang lain. Bahkan orang kanan dalam UMNO sendiri tidak dapat berada di bawah ketiak Najib dengan begitu mudah. Tapi tetiba saja dia dapat keistimewaan ini. Jadi apa nak diherankan. Sanggup menjadi seperti Zulkifli Noordin yang dibawa bersiar-siar oleh Najib untuk berpaling tadah kemudian 'makan tuan' tempat dulunya bergantung dan berjuang. Sanggup berak dalam perkup sendiri.
Watak-watak ngeri (kanibal) ini akan tampil satu demi satu bila diri terasa tersisih akibat perbuatan dan cakap yang tidak dipakai oleh ramai (ahli) orang. Buat sesuatu yang sentiasa menentang arus dan tidak sealiran dengan parti. Maka akhirnya inilah sudahnya hujung jatuh watak ini. Jika dulu Hasan Ali yang mengambil pendekatan serupa setelah gagal untuk menjadi MB maka dicari alasan yang bertentangan dengan parti untuk menunjukkan bahawa dia kini menjadi bahan perhatian umum terutama pihak lawan. Kalo kamu semua tak pedulikan aku. Maka aku akan buat semua orang perhatikan aku. Baru kamu tahu aku ini siapa!!! Begitulah pendekatan yang dilakukan Hasan kemudian ditiru oleh anak buah kesayangannya Nasa.
Apa nak heran. Dalam berpolitik, konsep kuasa amat 'power'. Ada jawatan maka ada kuasa, jika ada kuasa maka ada wang. Jika ada wang maka boleh 'membeli'. Inilah rantaian moto yang diguna pakai oleh UMNO selama ini. Mereka coba beli kelemahan PAS dengan mencucuk bontot Nasa. Konon pengaruh Nasa sedikit sebanyak memberi impak kepada akar umbi untuk turut mendesak pimpinan PAS agar keluar dari PAKATAN. Namun mungkin juga Nasa memerlukan perhatian dari pimpinan parti agar jangan sesekali meminggirkannya dan buat 'derk' saja. Seolah setelah tewas sebagai timbalan presiden parti maka tiada lagi rasa hormat terhadap beliau. Ini juga satu kemungkinan untuk mencari sedikit perhatian dari tuannya yang asal.
Tetapi sebaliknya jika Nasa bersungguh mahukan PAS keluar PAKATAN maka sekali lagi Nasa tidak sehaluan dengan parti dan sudah tentu langkah yang paling baik ialah Nasa harus keluar dari PAS. Inilah jalan yang paling baik. Jangan mencalarkan imej PAS seperti Ibrahim Ali dan Hasan Ali. Keluarlah dengan hormat. Anda telah mengguriskan hati penyokong PAS dan PAKATAN. Sedangkan orang UMNO berbolong-bolong berebut nak masuk PAS tapi nampaknya anda seorang yang nak ditunjukkan jalan keluar oleh PAS atau anda sendiri yang mengambil langkah itu. Pikir-pikirlah.
UMNO menggunakan anda dan anda pula seronok dipergunakan demikian. Maka eloklah. Serasilah. Semoga anda berbahagia di samping Najib tercinta anda. UMNO seronok berbuat onar sedemikian demi nak balas dendam kerana ramai ahlinya yang sudah lari masuk PAS termasuk artis-artis. Tamparan ini yang singgah di muka Najib nampaknya telah dibayar dengan mencucuk jarum di bontot anda demi dendam kesumatnya. Semoga Najib berpuas hati kerana memiliki anda yang mungkin akan menawarkan jawatan 'menteri segera' atau korang-korang senator. Atau paling sedih ialah tukang jurualih bahasa untuk Najib Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan