PARTI Keadilan Rakyat jangan mengharapkan tuah kerana 'aura' Anwar Ibrahim semata-mata. Apatah lagi membiarkan rakyat memilih parti tetapi ketrampilan calon PKR rata-rata tidak berkualiti. Hal ini harus disedari oleh pucuk pimpinan parti. Ketandusan calon berwibawa dalam PKR amat ketara. Jika letakkan calon PKR rakyat terpaksa akur dan undi PAKATAN bukan atas dasar kualiti calon tapi sebab bendera PAKATAN semata-mata.
Pengalaman yang dilalui akibat calon PKR ini tidak bermutu adalah di Tanah Merah, Kelantan. PKR menang kerusi parlimen atas dasar undi orang PAS dan orang UMNO sendiri yang bertelagah kerana berebut ingin menjadi calon. Jadi kesempatan ini diambil PKR dengan meletakkan calon yang sangat lemah dan langsung tidak bekerja. Malah hanya tahu mengumpul harta sendiri saja dengan mencari peluang membeli tanah-tanah yang di deposit oleh orang kampung dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi dan ahli PAS di sana.
Tahun ini, jika orang yang sama masih diletakkan sebagai calon parlimen dalam kalangan PKR boleh dikatakan 100% PAKATAN RAKYAT akan tumbang di Tanah Merah Kelantan. Rakyat sudah tak mahu dengan calon tersebut yang memang malas dan tidak bekerja. Namun bagi PAS pula yang hanya mampu melihat dengan biji mata yang berkelip-pah kelip-pah tidak boleh berbuat apa-apa kerana Anwar Ibrahim menetapkan bahawa kerusi parlimen di Tanah Merah adalah milik PKR dalam kuota pembahagian kerusi. Justru kena akur.
Isu ketiadaan pemimpin berkualiti dalam PKR harus diterjemahkan dengan sifir yang baik dan positif oleh pucuk pimpinan parti tersebut. Jangan main taram saja. Ini misi yang lebih besar dari misi PRU tahun lepas. PUTRAJAYA. Tapi kalo masih duk letak calon yang kurang kaliber maka sudah tentu matlamat ini sukar diterjemahkan ke dalam bentuk undi. Misalnya di Tanah Merah sendiri sudah ada dua team dalam PKR ssatu yang sokong calon yang lepas dan satu lagi yang meluat dengan calon yang lepas. Ini sudah parah.
Para pucuk pimpinan seperti Anwar Ibrahim dan rakan-rakan dalam PAS dan DAP peringkat tinggi harus sedar dan jangan semata-mata datang untuk berkempen dan berceramah saja di Tanah Merah sedangkan hal yang sebenar berlaku mereka tidak tahu, bahkan mungkin buat-buat tak tahu bahawa ramai orang merungut dalam hal ini.
Rasany perkara ini buka berlaku di Tanah Merah, Kelantan saja. Bahkan di seluruh negara. Oleh itu PKR kena berhati waja dalam memastikan calon mereka yang bertanding benar-benar hebat dan berwatak seperti seorang pemimpin yang sebenar. Jangan hanya ibarat meletakkan calon melepaskan batuk di tangga saja. Ini soal kemaslahatan pengundi PAKATAN RAKYAT seluruhnya yang terdiri dari ahli PAS dan DAP. Biarlah rakyat dapat calon yang boleh dibawa berbincang. Jangan duk tidur saja kat parlimen dan tak ada apa kerja yang dibuat. Harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan