Sabtu, 25 Ogos 2012

MYANMAR PATUT DIGANTUNG KEAHLIANNYA DALAM ASEAN - MAPIM

SEBELUM ambil tindakan itu, kerajaan Malaysia juga wajar membentuk pasukan ketenteraan bersekutu untuk menggempur kumpulan penjenayah Rukhine Buddhist. Ajaklah negara Islam lain bergabung dan bantai saja kumpulan terbabit. Buat macam USA dan tentera bersatunya menyerang Iraq.

Apatah lagi askar di Malaysia ini tiada pengalaman berperang, asyik duduk jaga sempadan saja. Jaga rakyat seludup beras 5 kilo, 10 kilo untuk makan bukan untuk jual pun. Jaga orang jual orang, pendatang haram. Itupun bukan semua anggota terlibat. Bila pencen buat tarian bontot. Makan pencen. Derma Hari Pahlawan tiap tahun minta dengan budak sekolah. Berperang belum pernah. Misi bantuan keamanan dunia ada sertai tapi duduk jauh-jauh saja. Israel sergah sikit, mula nak terjun tingkap.

Jika dengan rakyat sendiri berani bukan main, nak lempang orang ni, tampar orang tu, tembak Ibrahim Libya dan Al-Maunah. Maki hamun peserta Bersih, nak lempang Che Gu Bard. Ini sajalah kerja puak-puak ni..

Buat macam Amerika, bila askar dah tak berperang di negara sendiri pergi berperang di negara orang, itu baru pahlawan sejati. Ini seropa makan gaji bota saja, bagi pencen bota, lepah tu duk jaja sana-sini akulah pahlawan tanah air. Pejuang kemerdekaan. Ingat rakyat bodohkah, Malaysia merdeka percuma saja tau...mana ada berperang. Lawan geng komunis sekor dua tulah yang duk canang kepahlawanan pun. Itupun negara dah merdeka dari British dah...

Paling elok hantar saja puak-puak ni pergi berperang di Myanmar sana. Selamatkan umat Islam, korang-korang mati syahid masuk syurga terus, tanpa hisab. Sori ya gua cakap itu ada benarnya jangan marah yea...

Mapim gesa gantung Myanmar dari Asean

MAPIM mendesak agar Malaysia mengambil tindakan tegas menyemak semula kedudukan Myanmar dalam Asean berdasarkan penghapusan etnik Rohingya Muslim yang masih berterusan dilakukan oleh pihak keselamatan yang bersekongkol dengan golongan ekstremis Rakhine Buddhist.

Sehingga ini keganasan , pembunuhan , membakar masjid dan perkampungan Rohingya Muslim di Arakan , Myanmar berterusan walaupun masyarakat antarabangsa sudah menyuarakan keprihatinan terhadap situasi di negara tersebut. Lebih parah lagi Myanmar menutup sebarang akses media yang bebas serta agensi bantuan kemanusiaan untuk masuk ke Arakan yang menjadi provinsi Umat Islam Rohingya yang paling ditindas.

Sehingga ini Malaysia masih belum menyatakan pendirian yang jelas mengenai keganasan ke atas Umat Islam Rohingya Myanmar walaupun suatu ketetapan telah dikeluarkan dalam persidangan OIC di Jeddah baru-baru ini bahawa semua Negara OIC perlu menyemak semula perhubungan diplomatik dengan Myanmar.

Respon Myanmar untuk mengujudkan badan siasatan khas yang dianggotai oleh Rakhine Buddhis yang merupakan seorang pendalang kepada kempen membenci dan melancarkan serangan keatas Rohingya Muslim tidak boleh diterima sebagai tindakan yang positif kerana regim Myanmar jelas cuba bermuslihat untuk mengaburi mata dunia terhadap polisi menghapuskan etnik Rohingya yang maseh kekal.

Malaysia perlu mengambil inisiatif yang berani atas nama hak kaum minoriti serta hak asasi manusia bahawa jika Myanmar maseh berdegil maka persidangan khas ASEAN perlu diadakan untuk membincangkan usul menggantung keanggotaan Myanmar dalam ASEAN serta memutuskan hubungan diplomatik dengan Negara tersebut.

Mapim menegaskan bahawa isu pokok yang perlu ditangani ialah isu penafian hak kerakyatan etnik Rohingya di Myanmar. Isu ini menjadi persoalan yang utama jika isu yang lain hendak diatasi. Bermakna Myanmar tidak mahu menghentikan operasi penghapusan etnik kerana menganggap etnik Rohingya adalah pendatang haram.

Oleh kerana itu Negara anggota Asean dan OIC tidak punya pilihan , selain memberi tekanan politik antarabangsa keatas Myanmar untuk mengubah dasarnya terhadap etnik Rohingya.

Ketetapan di persidangan OIC perlu dilaksanakan sepenuhnya untuk memastikan sejarah Palestin tidak berulang lagi , yang mana OIC dilihat sebagai badan antarabangsa Umat Islam yang tidak punyai wibawa untuk menekan Israel menghentikan penghapusan etnik Palestin di Tebing Barat dan di Gaza.

*penulis adalah Setiausaha Agong MAPIM
PAKDOE ALLAN

Source: http://

Tiada ulasan:

Catat Ulasan