Selasa, 3 Januari 2012

SHAHRIZAT TIDAK AKAN SAMA SEKALI LETAK JAWATAN..PTUIIIHH!!!

SIAPA nak letak jawatan? Kalau dah ini lubbuk emas. Tak mungkin sama sekali. Jika letak jawatan nanti dituduh bersalah. Jika letak jawatan nnannti hilannglah pula harta yang dikumpul selama ini. Inilah masalahnya kalau sudah terlanjur membuat salah.

Orang macam ini patut dilipat dan dibungkus saja, simpan dalam almari baju supaya tidak berkulat dan menjadi virus pada masyarakat umum. Tambahan pula ini keponakan Pak Lah, legasi Pak Lah dah berakhir tinggal Khairi saja pewaris yang itupun tidak laku sangat.

Ramai lagi yang oleh jadi pemimpin, uka dia seorang. Tambahan pula dia sudah banyak kumpul harta...lepaskan saja dia pergi!!!

Shahrizat nafi letak jawatan menteri, ketua wanita

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Itu tidak benar. Saya tidak pernah beri surat peletakan jawatan. Banyak khabar angin kerana sebenarnya itu yang pembangkang hendak tengok berlaku," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya Wanita Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur, semalam.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri berhubung jawatannya dalam Kabinet.

"Semuanya terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya kerana jawatan Kabinet adalah kuasa di atas bahu Perdana Menteri Malaysia," katanya.

Najib sebelum ini menafikan menerima surat peletakan jawatan Shahrizat yang dilanda kontroversi isu projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan.

Sementara itu, Shahrizat yang juga Ketua Wanita BN berkata pihaknya telah mengenal pasti 30 kawasan parlimen yang akan diberikan tumpuan dan perhatian luar biasa daripada jentera pilihan raya Wanita BN.

Katanya kawasan parlimen berkenaan adalah kawasan yang diterajui pemimpin tertinggi parti pembangkang yang dijangka berjaya dirampas semula oleh BN pada pilihan raya umum ke-13.

"Dari bancian sikap dan maklum balas pemilih yang undi mereka, kita dapati kelemahan mereka amat sangat dari segi karenah, janji kosong dan macam-macam," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan