Isnin, 9 Januari 2012

HASAN ALI GUMBIRA DIPECAT PAS...SERONOK SAMPAI BERGULING-GULING!!!



KEPUTUSAN sebulat suara yang diambil PAS mengikut Fasal 82(9), maka sudah jelaslah akhirnya Hasan tidak lagi menjadi bebanan kepada PAS. Malah dengan pemecatan ini, Hasann Ali bebas melakukan apa saja demi wadah akidah perjuangannya selaras dengan Perkasa yang diidamkannya.

Hasan Ali semakin galak dan bersembunyi seketika dari memberi komen terutama kepada lidah-lidah rasmi pembangkang. Apa yang ditunggu ialah jemputan Najib untuk bersama memperjuangkan modal basi UMNO. Inilah yang sangat diidamkan Hasan.

Hasan merasakan pilihan keluar dan hukuman pecat adalah sangat sinonim dengan jiwanya yang sudah lama tidak sehaluan dengan dasar PAS sekarang. Hasan sering menuduh PAS sudah berubah tanpa menyedari bahawa diri sendiri yang jauh sudah lari dari modus operandi PAS kini, Hasan sering berjuang diatas modal lapuk.

Hasan juga cuba mengheret Anwar dalam isu pemecatannya, tanpa disedari bahawa segalanya berpunca dari diri sendiri. Sepatutnya Hasan tidak harus merentangi kehendak dan dasar parti, kalaupun tidak bersetuju sepatutnya Hasan harus mengunci mulutnya demi kesejahteraan parti. Tapi ini tidak berlaku, sebaliknya Hasan lebih seronok menghentam parti sendiri, mencanggahi segalanya dengan perkataan-perkataan orang UMNO.

Hasan Ali selama ini menjadi kebanggaan PAS, tapi kini tidak lagi. Hasan Ali hanyalah satu gumpalan sampah yang terselit di celah gelegar saja. Semakin hilang dari pandangan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan