
Benarkah Ibrahim Ali yang bertegas sebelum ini untuk melancarkan jihad terhadap Kristian kerana cuba menubuhkan negara Malaysia sebagai negara Kristian? Sungguh beranikah dia berbuat demikian. Benarkah Ibrahim Ali sembunyi semasa Bersih 2.0 dilancarkan, sedangkan sebelum ini pecah speaker buruk dilaungkan PERKASA untuk melawan Bersih 2.0?
Ibrahim Ali ini hanyalah watak untuk sekadar memenuhi ruang kekosongan UMNO di Pasir Mas saja. Watak lawak jenaka Ibrahim Ali yang bercita-cita besar menjawat jawatan PM ini sudah lama di ketahui umum. Sebab itu Khairy Jamaluddin takut kepada Ibrahim Ali, tapi bukan takut beradu tenaga, cuma takut kepada cakap Ibrahim Ali yang berdegar-degar. Tapi hampeh. Jerkah saja kuat. Isi langsung tak ada.
Cakap Ibrahim Ali ini sebenarnya tidak boleh diterima pakai...cakap orang penakut saja, Cuma harapkan ada sedikit kuasa saja yang menyebabkan Ibrahim Ali berani berbuat demikian. Itupun atas sokongan UMNO saja. Jika tidak Ibrahim Ali ini sudah tidak laku lagi. Ibrahim Ali sekeras-kerasnya (sekeras 'keng'/rahangnya) menafikan perlakuan mengeji Kristian demi untuk meraih undi saja.
Tapi sebaliknya konco-konco PERKASA mengutuk dan mengarahkan agar mubaligh dan guru Kristian dihalau dari sekolah Kebangsaan. Apa yang sangat lucu ialah Ibrahim Ali sekali lagi menafikan tindak-tanduk ahlinya, tapi membela mereka dengan berkata bukan maksud PERKASA berbuat begitu (mengharamkan guru Kristian) tapi.....
PERKASA nafi desak guru Kristian diharamkan
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menafikan pihaknya mendesak supaya mengharamkan guru-guru beragama Kristian daripada mengajar di sekolah-sekolah di negara ini.

"Saya presiden PERKASA. Kami tidak pernah membuat gesaan ini, seperti ditegaskan semasa ucapan dasar AGM baru-baru ini, kami berjuang untuk keharmonian kaum," kata Ibrahim (Bebas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat pagi ini.
"Saya percaya ini adalah satu soalan jahat dan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh mereka bagi mencipta pelbagai cerita dalam media baru.
"Ataupun ia telah dibuat oleh individu-individu tertentu sebagai pandangan peribadi mereka. Mereka tidak pernah diberi kuasa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak PERKASA," katanya semasa mencelah jawapan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong yang menjawab soalan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing (BN-Tuaran ).

PERKASA pada 19 Ogos berdemonstrasi di Masjid Negara bagi menyatakan kekecewaan terhadap pemimpin Melayu pelbagai parti yang didakwa "kebulur" undi Kristian hingga "menggadaikan maruah Islam".
Bidas kementerian
Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, sikap itu kelihatan apabila pemimpin Melayu Umno, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu, termasuk kes pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, ditanya tentang gesaan itu, Syed Hassan berkata pihaknya cuma berharap pihak berkuasa memantau guru-guru itu kerana dibimbangi menyampaikan ajaran Kristian kepada murid Islam.
Selain menafikan PERKASA membuat desakan itu, Ibrahim juga menuntut ingin tahu akhbar yang menyiarkan berita berkenaan. Beliau juga membidas kementerian pelajaran kerana tidak menyemak dengan NGO itu sebelum membenarkan soalan itu.
Setelah dibenarkan oleh speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menjawab, Bumburing berkata bahawa beliau tidak mempunyai niat buruk dalam mengajukan soalan berkenaan.

"Jika terdapat kesilapan dalam laporan akhbar, biasanya mesti ada pembetulan atau jawapan, tetapi ini tidak ada apa-apa. Jadi guru-guru (Kristian) bimbang, saya sebagai ahli parlimen telah diminta untuk mendapatkan jawapan (daripada kementerian)."


Tiada ulasan:
Catat Ulasan