DULU semasa PAKATAN terasa tertindas untuk menghapuskan ISA tapi tidak dibenarkan oleh kerajaan terutama UMNO, tapi kini UMNO yang beriya-iya mahu menghapuskan ISA. Akta itu nampaknya semakin tidak relevan dengan UMNO dan Najib melihat peluang ini sebagai sesuatu yang menguntungkan Barisan Nasional. Sebab apa?
Antara sebab utamanya ialah UMNO mula berkira-kira sekiranya tewas dalam PRU 13 nanti maka penyangak dan penyamun UMNO terutama watak utamanya seperti Najib sendiri, Mahathir, Muhyiddin Yassin, Soi Lek dan Palanivel serta lain-lain barua kerajaan akan bebas dan terlepas dari akta berkenaan. Jika Najib dengan bersungguh-sungguh berbuat demikian sebelum PRU 13 tetapi sebaliknya tidak selama ini, malah menentang dengan berbagai alasan tapi kini hasrat itu semakin mendesak untuk menghapuskan ISA.
Objektif maksud Najib ini semakin terserlah dengan pengakuan Mahathir yang mengatakan UMNO kini amat lemah kerana masalah dalaman parti itu sendiri, budaya 'cas keting' dalam UMNO sudah menjadi darah daging yang tidak dapat diubati lagi. Apatah lagi untuk meneruskan kejayaan mentadbir negara. Sikap berpuak-puak dalam UMNO ini menimbulkan sengketa yang berpanjangan bila orang yang sepatutnya dicalonkan dipinggirkan gara-gara tidak sebulu dengan pucuk pimpinan.
Rasional Najib menghapuskan ISA dan akta Buang Negeri sebenarnya satu persediaan bagi menghadapi kekalahan yang bakal menjadikan kumpulannya sebagai 'banduan'. Matlamat mereka hanya untuk menjadikan rakyat sebagai benteng menyokong mereka. Selama ini matlamat tersebut menjadi cita-cita pembangkang sehingga termaktub dalam 'buku jingga' tapi kini telah dibalikkan oleh Najib menjadi perjuangan UMNO untuk menghapuskan ISA. Dunia sudah terbalik.
Begitu juga dengan kenyataan Najib bahawa terhapusnya ISA adalah merupakan rintihan dan desakan rakyat yang mahu berbuat demikian, tetapi Najib langsung tidak menghiraukan sokongan umat Islam di negara ini yang mahu melaksanakan hudud sebagai satu perundangan. Alasan Najib mengatakan ISA hasrat rakyat tapi hudud bukan hasrat rakyat sesungguhnya begitu jelas menunjukkan kelemahan dan tiada modalnya Najib berada dipentas politik tanah air.
Kesimpulannya adalah lebih baik andai ISA ini tidak dimansuhkan dan menggantikan dengan akta yang sewaktu dengannya. Politik cemar yang dicetuskan oleh Najib dalam era penghujung buat UMNO kini semakin goyah dan tenggelam. Pelbagai isu yang diputarkan oleh gerombolan UMNO demi mencetuskan huru-hara dalam PAKATAN mesti dilihat oleh kaca mata yang zuhud lagi bermakrifat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan