Isnin, 3 Oktober 2011

ISTERI DIPUKUL HARTA DIRAMPAS

SUDAH menjadi nasib badan, habis madu sepah dibuang. Beginilah nasib janda matang yang menderita akibat perbuatan suami durjana.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10 tahun lalu, dia layak dilabelkan usahawan bertaraf jutawan kerana mampu memiliki kilang sendiri, namun kini yang tinggal pada dirinya hanya air mata selepas diisytiharkan muflis akibat muslihat suami.

Wanita itu pada mulanya menjadi penjamin suami yang membuat pinjaman bank berjumlah hampir RM5 juta, tetapi disebabkan suaminya gagal menjelaskan hutang, dia menjadi buruan institusi kewangan sehingga semua hartanya disita selepas diisytiharkan muflis.

Ketika hidupnya terumbang-ambing, dia diceraikan hanya dengan SMS dan pada masa sama bekas suaminya membina hidup baru dengan membuka perniagaan serta akan berkahwin lain.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Sofia, 40, berkata sepanjang 20 tahun usia perkahwinan mereka, dia jarang merasai kebahagiaan kerana bekas suaminya yang berusia 50-an itu sering menjadikan dirinya tempat melepaskan marah.

“Saya kerap menjadi mangsa maki hamun dan dipukul suami yang panas baran, namun saya bersabar serta tetap bekerja keras membaiki taraf hidup dan membesarkan anak-anak.

“Walaupun suami saya itu seorang yang pemarah, namun dari sudut keusahawanan dia memiliki jaringan perniagaan yang luas sehingga kami berdua mampu membina karier serta memiliki kilang sendiri,” katanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan