SIAPA nak mengaku kalau berak tepi jalan, ungkapan ini sekali gus menjelaskan dakwaan sesetengah pihak bahawa sistem kehakiman negara sebenarnya masih goyah dengan tekanan politik dan orang kuat parti kerajaan. Campur tangan politik dalam sistem kehakiman tidak dapat dinafikan apabila Zaki Tamplon sendiri baru-baru ini mengakui bahawa banyak peruntukan untuk pembangunan projek mahkamah diberi dan diminta kepada Perdana Menteri bukan Yang di Pertuan Agong, jadi tidak salah sekiranya PM seorang yang sangat penting dalam urus niaga dengan kehakiman. Ini teori, dan teori biasanya tidak tersimpang jauh.
Siapa sebenarnya yang terlibat dalam perebutan takhta negeri Perak dan campur tangan dalam perlembagaan negeri Perak. Sikap 'tidak mengaku' ini amalan biasa bagi orang besar apa lagi jika duduk sebelah kerajaan.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mendakwa, beliau tidak terlibat dalam krisis perlembagaan pada 2009 yang menyaksikan pentadbiran Perak tumbang ke tangan BN.Malah, beliau juga tidak mempunyai apa-apa peranan dalam kes yang berbau politik, kata Zaki kepada Malaysiakini dalam satu wawancara minggu lalu. [klik sini]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan