SINGAPURA 7 Sept – Pakar sains di Genome Institute of Singapore (GIS) dan rakan sejawatan mereka di National University of Singapore (NUS) telah menemui cara baru menyasarkan rawatan terhadap EZH2 yang dikaitkan dengan penyakit kanser payu dara.
EZH2 adalah enzim yang menyemarakkan penerimaan negatif bagi estrogen dalam kanser payu dara, sejenis wabak penyakit kanser agresif yang tidak memberi respons terhadap bentuk rawatan semasa.
Penemuan ini yang disiarkan dalam jurnal ”Molecular Cell” membuka ruang bagi memajukan strategi rawatan berkesan terhadap kanser payu dara agresif yang dikaitkan dengan EZH2, demikian menurut kenyataan GIS, sebuah institut di bawah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) di sini hari ini.
Aktiviti enzim EZH2 didapati menyebabkan terbantutnya kesan tekanan terhadap ketumbuhan yang juga berfungsi ”menyekat” berkembangnya ketumbuhan kanser.
Pasukan saintis dipimpin pakar kanan kumpulan dalam GIS, Dr Qiang Yu, telah mendapati bahawa di samping menghalang kesan tekanan, EZH2 juga mengembangkan pertumbuhan kanser payu dara.
Kesan kuat daripada EZH2 ini sering dikaitkan dengan merebak dengan pantasnya penyakit kanser payu dara yang merupakan kanser paling banyak berlaku dalam kalangan wanita di seluruh dunia. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan