Jumaat, 23 September 2011

QISAS BERJALAN BAIK DI NEGARA ISLAM


PERLAKSANAAN Hudud tidak menjadi masalah kepada negara yang mengamalkannya kerana ia sangat adil, orang yang membunuh dihukum bunuh itu adil. MESKIPUN IA DIKLASIFIKASIKAN OLEH PRUNDANGAN SEKARANG SEBAGAI SUATU BENTUK UNDANG-UNDANG KLASIK DAN KONSERVATIF namun ia tetap sebuah undang-undang yang diperintahkan Allah s.w.t. Adapun undang-undang yang diamalkan sekarang, dalam bab membunuh kebanyakannya bebas dan hanya dikenakan hukuman ringan sahaja, misalnya kes pembunuhan Altantuya, pembunuhnya masih hidup lagi. Dalangnya pula masih lepas bebas dan berjalan sana sini dengan penuh kemewahan dan bersenang-linang.


Lelaki Arab Saudi dihukum pancung kerana membunuh

RIYADH 23 Sept. - Seorang lelaki warganegara Arab Saudi dikenakan hukuman pancung hari ini di atas kesalahan membunuh, jelas satu kenyataan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Tertuduh yang dikenali sebagai Hamad al-Shahrani didapati bersalah menikam seorang lelaki beberapa kali dengan menggunakan pisau.

Dia dikenakan hukuman tersebut di rantau Asser yang terletak di barat daya negara itu.

Sementara itu, Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Amnesty International menyatakan semalam bahawa negara itu telah melaksanakan sekurang-kurangnya 44 hukuman mati sejak bulan Januari lalu. – AFP



Tiada ulasan:

Catat Ulasan